gareth bale gol barcelona 2014 terpantas

Pemain bolasepak adalah antara atlit yang dilatih untuk memiliki kelebihan dalam setiap sudut, bukan sekadar pada larian dan kemahiran, tetapi mereka juga perlu memiliki kelebihan stamina yang tinggi. Untuk pemain penyerang pula, mereka perlu mempunyai daya pecutan yang hebat bagi melepaskan diri dari pemain pertahanan.

Siapakah pemain terpantas dalam sukan bolasepak dunia setakat ini? Adakah Lionel Messi? Cristiano Ronaldo? Ataupun pemain England suam-suam kuku Theo Walcott?

Siapa pemain terpantas bolasepak dunia? Berikut adalah 5 pemain terpantas pemain bolasepak yang telah direkodkan menerusi analisis OPTA ketika perlawanan sedang dilangsungkan.

7. Lynden Gooch (35.16km/j)

lynden gooch terpantas pemain bolasepak

Pemain dari Amerika Syarikat ini kini bermain dengan pasukan Sunderland dalam liga divisyen 2 Inggeris. Bermain di posisi tengah sebagai perancang pasukan Sunderland tidak menghalang Gooch menggunakan kepantasannya di padang. Dia secara rasmi mencatatkan kelajuan 35.16km/j.

6. Matthew Leckie (35.19km/j)

leckie terpantas pemain bolasepak

Pemain dari Australia yang kini bermain dengan pasukan Hertha Berlin mencatatkan kelajuan 35.19km/j ketika sedang bermain untuk bekas pasukannya FC Ingolstadt 04. Beliau merupakan salah seorang pemain utama kesebelasan pasukan kebangsaan Australia ketika ini.

5. Antonio Valencia (35.2km/j)

valencia pemain bolasepak terpantas man utd red devil

Kembar seiras kepada mendiang MIchael Jackson dan pemain bolasepak Portugal bernama Nani, Valencia memang terkenal dengan kepantasannya. Dia mampu memecut pada kelajuan 35.2km/j dan pernah dinobatkan sebagai pemain paling pantas dalam kejohanan Piala Dunia.

4. Shane Long (35.31km/j)

shane long pemain bolasepak terpantas epl

Pemain penyerang Ireland ini mempunyai daya pecutan yang hebat. Dikenali sebagai penyerang lincah yang hanya bijak menghidu peluang, Long merupakan penyerang yang kerap bermain dengan pasukan-pasukan pertengahan Liga Perdana Inggeris. Dia dilaporkan mampu berlari sepantas 35.31km/j.

3. Theo Walcott (35.7km/j)

theo walcott pemain bolasepak terpantas epl arsenal

Mencipta sensasi selepas terpilih menyertai pasukan England pada usia 17 tahun, Walcott nampaknya seperti tidak dapat memenuhi ramalan orang ramai. Walaupun dia banyak menjaringkan gol untuk England dan Arsenal, tetapi entah mengapa perkembangannya dilihat statik dan tidak mampu maju lebih jauh. Walaupun begitu, dia memang pantas. Dia mencatatkan 35.7km/j ketika lariannya.

2. Gareth Bale (36.9km/j)

gareth bale pemain bolasepak terpantas dunia

Sebelum meletup, Bale dilihat sebagai seorang pemain pertahanan yang berpotensi namun dibandingkan rakan karibnya Walcott, Bale dijangka tidak akan mampu menyaingi Walcott. Namun nasib Bale berubah selepas dengan tiba-tiba badannya membesar, menukar dirinya daripada seorang pemain remaja yang kurus dan tinggi menjadi pemain yang sangat tegap, tinggi dan sasa. Dalam satu perlawanan menentang Barcelona (!!) Bale melakukan larian pantas pada kelajuan 36.9km/j untuk meninggalkan pemain pertahanan Barcelona, Marc Bartra dan seterusnya menjaringkan gol yang cukup hebat.

1. Arjen Robben (37.0km/j)

arjen robben pemain bolasepak terpantas dunia

Nasib Arjen Robben agak terumbang-ambing ketika mewakili pasukan Chelsea dan Real Madrid. Dia memang hebat tetapi kerap dihantui masalah kecederaan sehinggakan gagal menjadi pemain utama untuk pasukannya. Semuanya berubah selepas dia berpindah ke Bayern Munich di mana dia hidup semula dan mendapat sentuhan baru pada usia 28 tahun. Kini menjadi kapten kepada pasukan Belanda, Robben melakukan pecutan pada kelajuan 37.0km/j dalam perlawanan ketika Piala Dunia 2014.

Nota - Sebagai rujukan - Usain Bolt ketika lariannya mampu mencatatkan kelajuan 44.0km/j dan seekor kucing rumah mampu berlari pada kelajuan 48km/j.


tags : , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)