Oleh pada 22 Jul 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @rihanapetra

       

Bekas isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Petra meluahkan rasa terharu dengan pemberian kata-kata sokongan daripada warganet menerusi kiriman mesej.

Oksana, 27, berkata, dia tersentuh hingga mengalirkan air mata, tanda kegembiran dan kesyukuran atas penerimaan baik masyarakat di negara ini.

"Saya sedang menulis dan saya tidak dapat menahan air mata daripada dari mengalir..

"Dan saya rasa tidak perlu untuk menahannya kerana ia adalah tangisan kegembiraan dan kesyukuran!

"Saya masih tidak percaya yang saya menerima begitu banyak mesej yang baik daripada anda semua daripada seluruh pelusuk dunia!

"Dan sudah tentu saya mahu beritahu kepada semua rakyat Malaysia anda semua berjiwa besar kerana menerima dan menyokong saya seorang wanita dari negara asing dan membesar dengan budaya berbeza," tulisnya mengiringi perkongsian di Instagram.

     

rihana oksana petra menangis terima sokongan warga malaysia 2

Kredit foto: Instagram @rihanapetra

     

Dalam pada itu, Oksana akui bangga kerana anak sulungnya, Tengku Ismail Leon Petra memiliki darah Malaysia.

"Saya sangat bangga darah Malaysia mengalir dalam anak saya dan saya akan lakukan apa saja untuk dia membesar selayaknya dengan kasih anda semua," katanya.

Mendedahkan terjerat dengan pelbagai kejahatan didepani sepanjang hidup, Oksana bagaimanapun bersyukur masih dikurniakan kebaikan yang diperlihatkan rakyat di negara ini.

"Dalam hidup saya, saya terpaksa menghadapi pelbagai jenis kejahatan, tipu daya dan hasad dengki.

"Tetapi anda meyakinkan saya bahawa masih ada kebaikan di dunia ini.

"Kalaulah saya berpeluang, saya mahu memeluk anda semua dengan kegembiraan.

"Sokongan dan dorongan anda semua amat berharga bagi saya.

"Mesej masuk tidak henti-henti, saya akan terus berkongsi kisah hidup saya dengan ikhlas dan jujur.

"Semoga Allah memberkati anda semua, kawan-kawanku!" tulisnya lagi.

Sementara itu, dia mendoakan kebahagiaan anaknya untuk terus membesar dalam keadaan baik.

"Hari ini genap 2 bulan umur Leon. Terus membesar dan bahagia si cilik duniaku," katanya.

Berikut beberapa reaksi dilayangkan netizen di ruangan komen:

      

rihana oksana petra menangis terima sokongan warga malaysia 3

rihana oksana petra menangis terima sokongan warga malaysia 4

rihana oksana petra menangis terima sokongan warga malaysia 5

rihana oksana petra menangis terima sokongan warga malaysia 6

rihana oksana petra menangis terima sokongan warga malaysia 7

rihana oksana petra menangis terima sokongan warga malaysia 8

Kredit foto: Instagram @rihanapetra

      

Terdahulu, portal Daily Mail melaporkan Oksana memeluk Islam pada awal tahun lalu sebelum perkahwinannya pada 22 November 2018 dengan Sultan Muhammad V .

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra pada 21 Mei 2019.

Manakala 22 Jun lalu, mereka bercerai talak tiga sebagaimana disahkan peguam Sultan Kelantan, Koh Tien Hua.

     

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)