Kredit foto: Instagram @neelofa
Pelakon dan usahawan, Neelofa meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa Utusan Melayu Berhad apabila bakal ditutup akibat tidak mampu membayar gaji pekerja.
Susulan itu, pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor ini menerusi satu twit yang dilayangkan di akaun Twitter rasminya, menunjukkan inisiatif untuk membantu warga Utusan dengan membuka ruang kepada mana-mana netizen yang mengetahui tentang peluang kerja kosong untuk ditawarkan.
"Luluh hati mendengarkan keadaan terkini yang menimpa Utusan. Mereka banyak bantu karier Lofa dari awal.
"Jadi saya nak balas balik jasa baik mereka. Kalau korang kenal sesiapa daripada HR atau mana-mana syarikat yang sedang mencari pekerja, berikan butirannya di bawah!" tulis Neelofa.
Kredit foto: Twitter @Neelofa
Dalam pada itu, pengacara Meletop itu berharap tindakannya dapat memberi peluang kepada penganggur lain yang juga senasib dan sedang berdepan masalah mendapatkan pekerjaan.
"Saya pasti ramai yang tengah cari kerja baru juga. Jangan risau, ini juga terbuka kepada sesiapa sahaja.
"Sesiapa yang nak buat permohonan, jangan teragak-agak untuk melihat kiriman balas di bawah. Diharapkan dengan kerjasama semua, kita dapat membantu mereka untuk memperoleh pekerjaan dengan sesegera yang mungkin," tulisnya dalam sebuah lagi kiriman.
Kredit foto: Twitter @Neelofa
Akaun Twitter Neelofa sehingga kini sudah mengumpul lebih 2.4 juta pengikut, manakala laman Instagramnya pula 6.4 juta.
Sumber berita: Twitter @Neelofa