Oleh pada 12 Jul 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @zamanislam_official

       

Sebelum ini, ketidakhadiran Aalan Ahmad dalam beberapa majlis promosi single terbaharu Zamani mengundang spekulasi pelbagai pihak.

Zamani pula menerusi sebuah program hiburan mendedahkan lelaki itu tidak memulangkan semula laman Instagram miliknya meskipun tidak lagi bergelar pengurus.

Terkini, teki-teki dakwaan berkenaan terjawab apabila Aalan sendiri mengesahkan sudah melepaskan tanggungjawabnya menguruskan karier vokalis Slam itu, sejak dua bulan lalu.

Tidak menafikan wujud krisis antara mereka, Aalan bagaimanapun memilih untuk mengunci mulut daripada sebarang ulasan lanjut.

     

krisis dengan zamani aalan bukan lagi pengurus sedia terima tindakan undang undang 2 442

Kredit foto: Instagram @aalan_ahmad

      

"Saya tidak dapat jelaskan situasi pengurusan Zamani buat masa sekarang, isu pemilikan akaun rasmi Instagram Zamani juga hanya akan dijelaskan apabila tiba waktu yang sesuai kelak.

"Kami sedaya upaya cuba menyelesaikan isu ini tanpa membabitkan kes mahkamah dan campur tangan pihak berkuasa," kata Aalan memetik laporan portal Mstar.

Sementara itu, Aalan mengakui berlapang dada untuk sebarang tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadapnya oleh penyanyi Gerimis Mengundang itu.

"Saya juga maklum tentang kenyataan yang dibuat Zamani dalam sebuah program hiburan minggu lalu, namun semuanya terpulang kepada dia (Zamani) jika benar-benar mahu mengambil tindakan seperti yang didakwa.

"Saya tiada masalah dan sedia menghadapi apa sahaja tindakan lanjut," katanya.

Hujung tahun lalu, isu tercetus apabila bekas pengurus Zamani, Johan Aziz mempertikaikan penyertaan penyanyi itu dalam Gegar Vaganza (GV) musim kelima.

Kemudian pengurusan karier seninya terutama membabitkan program realiti berkenaan, diserahkan kepada Aalan.

      

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)