Oleh pada 29 Jan 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Noor Nabila

Kiriman foto Instagram yang memperlihatkan pasangan Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila berada di sebuah pusat perubatan, mencuri tumpuan ramai.

Entri pada petang Sabtu itu menimbulkan spekulasi kononnya Noor Nabila kini sedang berbadan dua.

Kiriman itu antara lain memuatkan ucapan penghargaan kepada individu yang memberi perkhidmatan kepada pasangan ini.

foto sharnaaz di hospital terima ucapan tahniah2

Kredit foto: Instagram Noor Nabila

"Terima kasih Kak Ena (Ghazlina Ghazali) untuk layanan dan khidmat pelanggan terbaik. Sentiasa bersedia membantu walaupun hari cuti. Salah satu sebab saya pilih #princecourtmedicalcentre," tulis kakak kepada aktres Neelofa ini.

Menerusi ruangan komen, rakan selebriti termasuk sahabat baik mereka, Awal Ashaari merakamkan ucapan tahniah.

Foto itu sehingga kini meraih hampir 24,000 tanda suka dan dibanjiri 160 komen daripada netizen yang teruja mendengar dakwaan kehamilan itu.

Pun begitu, pasangan romantis ini masih mengunci mulut daripada sebarang pendedahan berkenaan desas-desus itu.

Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Petaling Jaya.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)