Oleh pada 28 Jul 2017 kategori

Hawa Rizwana, gadis yang wajahnya menjadi tular baru-baru ini kerana dikatakan seiras dengan selebriti Neelofa dilantik menjadi penyampai berita TV9 mulai 1 September depan. Gadis yang baru berusia 22 tahun itu berkata tawaran berkenaan diterimanya setelah tamat latihan industri selama empat bulan di program bualbicara wanita popular, Wanita Hari Ini.

Alhamdulillah, sebenarnya pihak Berita TV9 meminta saya hantar resume ketika saya masih lagi praktikal sebagai wartawan penyiaran di TV3.


Selepas tamat praktikal saya ditawarkan untuk menjalani latihan sebagai pembaca berita bermula awal Julai lalu.

Pemilik nama sebenar Hawa Rizwana Ahmad Redzuan yang juga merupakan graduan dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi Kewartawanan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu menafikan pemilihan tersebut dibuat kerana wajahnya yang menjadi bualan netizen.

Saya jadi perhatian kerana seiras Neelofa baru-baru ini sahaja ketika itu saya sudah memulakan latihan baca berita .


Saya terkejut bila ia menjadi tular minggu lalu. Saya tidak bangga disamakan dengan wanita hebat itu.


Saya sendiri sangat menggagumi dia sebagai seorang wanita yang tersenarai antara wanita berjaya di Asia.

Sementara itu, seorang lagi pembaca berita lelaki baru diperkenalkan iaitu Mas Zharif Zhafri yang juga merupakan anak kepada personaliti terkenal TV3, Allahyarham Aziz Desa.

kembar neelofa sah dilamar warga produksi tv9 1

Kredit foto: Instagram.com/HawaRizwana

Sumber berita: mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)