Kredit foto: Instagram Rich Estranged 

Pada 16 Julai lalu, pasangan penyanyi Rich (vokalis Estranged) dan isterinya, Velvet telah selamat dikurniakan anak keempat. 

Anak berjantina perempuan itu dinamakan Denika Richael Gimbang.

Rich berkongsi berita gembira berserta video bayi tersebut di laman Instagramnya.

rich dan velvet selamat timang anak keempat dedah wajah comel bayi 2

Kredit foto: Instagram Rich Estranged

"Menyambut kelahiran bayi kami yang begitu bererti, Denika Richael Gimbang ke dalam dunia ini. Ia adalah kebanggaan buat kami untuk menjadi ayah dan mak awak. Dan dia adalah bayi berjantina perempuan ya," dedah Rich dalam kiriman Instagram tersebut.

Pasangan Rich dan Velvet mendirikan rumah tangga pada Disember 2008 dan sehingga kini telah dikurniakan empat orang anak iaitu Joshia, 8, Caroline, 6, Kianu, 3 dan Denika. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)