Kredit foto: Instagram Velvet Aduk

Bekas finalis akhir Akademi Fantasia (AF) musim keempat, Velvet mendedahkan punca kehilangannya dalam industri hiburan sebelum ini adalah kerana kesibukannya dalam menguruskan anak-anak. 

Ujar Velvet, dia mahu menjadi saksi kepada momen-momen indah melihat anaknya membesar di hadapan mata terutamanya ketika mereka masih kecil.

velvet dedah punca kehilangan 2

Kredit foto: Instagram Velvet Aduk

Saya sebenarnya masih ada dalam industri namun tidak aktif seperti dulu kerana ingin memberi perhatian kepada keluarga kecil saya. Ini kerana saya ingin melihat anak-anak saya membesar di depan mata dan tidak mahu melepaskan saat-saat indah itu bersama mereka. Sekarang mereka sudah besar sedikit jadi saya mengambil keputusan untuk kembali semula dengan single baharu. Sebelum ini pun saya tidak menyepi sepenuhnya daripada bidang nyanyian sebaliknya saya juga masih membuat persembahan pada majlis-majlis tertutup.

Sumber: Astro Gempak

Velvet membuat kenyataan tersebut di majlis pelancaran single terbarunya, Jauh di Paranormal Records, Bandar Sri Damansara, baru-baru ini.

Teruja dengan kemunculan lagu baru, penyanyi itu menyifatkan produk tersebut sebagai buah tangan kepada para peminat yang merindukan kemunculannya.

Saya berharap agar kemunculan semula ini dapat memeriahkan lagi industri muzik tanahair.

Sumber: Astro Gempak

velvet dedah punca kehilangan 3

Kredit foto: Instagram Velvet Aduk 




Hakcipta iluminasi.com (2017)