lan solo dapat anak keempat

Kredit foto: Instagram Lan Solo

Penyanyi Lan Solo selamat menimang cahaya mata perempuan pagi semalam.

Bayi yang juga anak keempat Lan bersama isterinya, Sheila itu dilahirkan pada 4.10 pagi, seberat 2.5 kg.

Lan meluahkan rasa syukur kerana isteri dan bayi berada dalam keadaan sihat.

"Alhamdullillah isteri, anak keduanya sihat walafiat. InsyaALLAH, akan keluar hospital esok," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Lan mendedahkan bayi itu sepatutnya dijadualkan lahir pada Mac ini, namun beliau menerima rezeki itu lebih awal.

“Walaupun dijangka lahir bulan Mac tapi alhamdulillah keluar awal," katanya.

Ketika diwawancara, bekas vokalis Kristal ini dalam perjalanan menuju ke penerbangan bagi menjayakan persembahan di Sabah.

Di kesempatan sama, beliau mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya.

Bulan ini turut menyaksikan beberapa selebriti menyambut kelahiran zuriat, antaranya Nora Danish, Norzizi Zulkifli, Dahlia Shazwan, Fazreen Rafi dan yang terkini Linda Onn dikhabarkan telah masuk hospital sejak dua hari lalu.

Sumber berita: Sinar Harian


tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)