Oleh pada 02 Nov 2021 kategori

Kredit: Instagram @ahmadiqbalzulkefli & Instagram @michaelang38  

 

Mengulas lanjut mengenai komen Michael Ang di Instagram yang menyoal sama ada dirinya mempunyai sakit jiwa atau dungu, Iqbal menegaskan bahawa pengalamannya sebagai seorang ahli perniagaan membuktikan bahawa beliau seorang yang normal.

 

"Dari awal, saya menghormati beliau sebagai orang yang berpengalaman dalam industri. Ramai sahaja artis lain yang turut memberi komen, namun saya tetap merendah diri. Malah, ramai yang saya berikan hadiah sebagai tanda penghormatan.

 

"Tetapi, sehinggakan beliau cuba mengatakan saya seorang yang 'disillusional', menyebarkan kata yang tidak baik dan mempengaruhi netizen agar memburukkan lagi saya.

 

"Mana mungkin saya sebegitu. Sepanjang menjalankan perniagaan selama 4 tahun, saya berurusan dengan orang yang bijak dan pemikiran saya harus cekap dalam segala hal.

 

"Kejayaan tidak akan datang jika seseorang itu dungu atau mempunyai masalah mental," tulisnya di Instagram story.

  

 

Menjawab dakwaan yang mengatakannya memakai barangan tiruan, beliau menafikan hal tersebut yang dianggap sebagai tidak masuk akal.

 

"Saya ingin tegaskan bahawa ia tidak benar sama sekali. Sesiapa yang memakai barangan asli boleh lihat dari jauh sama ada barangan itu palsu atau asli. Cukuplah menjatuhkan saya," jelasnya.

 

Mengenai permintaan Michael Ang supaya tidak melibatkan namanya dalam apa yang disifatkan sebagai sebuah 'marketing' semata-mata, Iqbal mendedahkan pengarah terkenal itu yang terlebih dahulu bercakap tentang dirinya.

 

"Dari awal bulan lepas lagi, beliau menyebut nama saya berhari-hari dan memaki saya bertubi-tubi. Namun, saya tidak pernah memberi kenyataan balas kerana bagi saya beliau hanya gemar berkata-kata.

 

"Apabila tiba waktunya untuk saya menjawab fitnah yang dilemparkannya, beliau terus mengatakan saya menggunakan namanya untuk 'marketing'," tulisnya lagi.

  

 

Dalam pada itu, menjawab kecaman pengacara kontroversi, Azwan Ali atau Diva AA berhubung kualiti 'single' pertamanya iaitu Hujan, beliau berasakan ia menggunakan platform yang terbaik dan layak untuk dipasarkan.

 

"Zaman sekarang, kita tidak keluarkan cakera padat. Saya menggunakan laman sosial Youtube Rusa Music yang mempunyai 2.36 juta 'subscriber' iaitu antara platform teratas di Malaysia.

 

"Rusa Music juga membuat pilihan. Jika lagu itu tidak layak, mereka tidak boleh terima masuk," ulasnya.

 

Sumber: Instagram Iqbal 




Hakcipta iluminasi.com (2017)