Oleh pada 14 Nov 2017 kategori

Kredit foto: Mirror.co.uk

Pelawak terkenal, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr. Bean dilaporkan bakal menimang cahaya mata di usia 62 tahun.

Sumber memberitahu, anak yang akan dilahirkan itu merupakan hasil hubungan bersama teman wanitanya yang juga seorang aktres, Louise Ford.

Pasangannya mendedahkan bayi itu akan dilahirkan dalam tempoh terdekat ini.

mr bean bakal timang anak di usia 62 tahun 2

Kredit foto: Mirror.co.uk

Difahamkan, mereka begitu teruja menantikan detik kelahiran, malah kehamilan tersebut dianggap sesuatu yang begitu bermakna sekali. 

Atkinson terlebih dahulu telah memiliki dua anak, Ben, 23 dan Lily, 21 hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya, Sunetra Sastry, namun mereka bercerai pada tahun 2014. 

Dedah sumber lagi, sebelum ini hubungan Atkinson dengan anak-anaknya berada dalam keadaan tidak baik terutamanya dengan Lily kerana dikatakan Atkinson tidak merestui minat dan pekerjaan Lily sebagai penari ‘Burlesque’.

Sumber berita: Mirror.co.uk




Hakcipta iluminasi.com (2017)