merdeka 129

Walaupun negara tercinta baru sahaja menyambut hari ulangtahun kemerdekaan ke-60 seminggu lalu, namun disebabkan harga minyak kian menaik, ramai yang masih menyumpah seranah. Seolah-olah negara kita ini sudah tidak ada kebaikannya. 

Walauu seteruk mana sekalipun, ia tetap negara kita. Namun, ia tak bermaksud kita perlu setuju dan tunduk kepada kezaliman yang berleluasa. Cuma kita harus ada rasa bersyukur di saat negara kita dianggap tenat oleh kebanyakan orang, namun kita masih dapat mengecapi hidup yang lengkap, tak seperti etnik Rohingya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagi seorang pekerja asing yang sudah lama menetap di Malaysia, beliau telah meluahkan sesuatu berkenaan soalan yang sering diajukan kepadanya iaitu "Mengapa anda masih berada di Malaysia setelah 13 tahun menetap di sini?" 

frank zimmermann

Ini jawapan Frank Zimmermann:  

UK : Tak suka VAT 20%? (nilai cukai tambahan). Tinggalkan UK dan pergi ke Malaysia. GST di Malaysia hanya 6%.

US : Nak penjagaan kesihatan percuma? Tinggalkan US dan pergi ke Malaysia. Penjagaan kesihatan hampir percuma di Malaysia.

Hong Kong : Tak mampu beli rumah? Tinggalkan Hong Kong dan pergi ke Malaysia. Kebanyakan rakyat berusia 35 tahun memiliki rumah di Malaysia.

Filipina : Nak kereta? Tinggalkan Filipina dan pergi ke Malaysia. Hampir setiap rumah memiliki kereta di Malaysia.

Sweden : Merungut kos sara hidup tinggi? Pindah ke Malaysia. Malaysia mempunyai kos sara hidup yang rendah.

Kanada : Petrol terlalu mahal? Tinggalkan Kanada dan pergi ke Malaysia. Petrol di Malaysia lebih murah dari Coca-Cola!

China : Nak dapat tempat di sekolah? Tinggalkan China dan pergi ke Malaysia. Banyak sekolah Cina dan semuanya diterima masuk.

Jepun : Nak menikmati hidup sambil bekerja? Tinggalkan Jepun dan pergi ke Malaysia. Di Malaysia banyak cuti umum, kerja sampai pukul 5 petang sahaja, pekerja awam kerja sampai 4.30pm, hampir semua orang kerja 5 hari seminggu. Boleh tengok wayang, minum di Starbuck, makan di luar dan pergi bercuti.

Australia : Tak suka kedai-kedai tutup terlalu awal? Pindah ke Malaysia mate, di Malaysia kedai mamak buka 24 jam di merata-rata tempat dan pasaraya buka sehingga pukul 10 malam.

Indonesia : Nak datuk bandar Cina? Tinggalkan Jakarta dan pergi ke Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang orang Cina sejak 1957!

Singapura : Nak maki dan fitnah pemimpin anda di Facebook? Tinggalkan Singapura lah dan menghala ke utara. Orang Malaysia maki Perdana Menteri mereka setiap hari.

Walau apa pun, Malaysia adalah terbaik!




Hakcipta iluminasi.com (2017)