Seorang kanak-kanak lelaki dari Elk Grove, California menghabiskan masa 6 jam setiap hari untuk bermain alat muzik. Dia dipercayai manusia termuda yang boleh bermain alat muzik terbanyak dalam dunia.

Neil Nayyar merupakan pelajar gred 7 yang bersekolah dari rumah. Assist World Records telah menamakannya sebagai manusia termuda yang berkebolehan bermain pelbagai alat muzik seperti saksofon, serunai, tabla, seruling, bangsi, gitar akustik dan sitar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Secara keseluruhannya, Neil mampu bermain 44 jenis alat muzik. Dia juga pandai bermain piano selain mempunyai 12 orang guru muzik termasuklah dari Amerika Syarikat, China, Itali dan India. Bagi guru-guru yang berada jauh di negara lain, pembelajaran dibuat melalui panggilan video Skype.

neil manusia termuda bermain alat muzik paling banyak

Menurut Neil, dalam kesemua instrumen, sitar dan Guzheng Cina merupakan alat yang paling unik. Dia begitu tertarik dan boleh leka mendengar alunan bunyi kedua-dua alat muzik ini.

Sementara kanak-kanak lain sebayanya bermain permainan game, menonton TV atau Youtube, Neil sebaliknya banyak menghabiskan masa dengan belajar muzik secara dalam talian setiap hari. Sesekali sahaja Neil akan menonton filem Bollywood lakonan Shah Rukh Khan atau Salman Khan dan menonton salah satu episod rancangan Kapil Sharma.

neil manusia termuda bermain alat muzik paling banyak 2

Bakat Neil ditemui semasa dia hanya berusia 5 tahun. Menurut bapa Neil, Rajan Nayyar, ketika itu mereka baru sahaja menghantar Neil ke kelas bermain dram. Selepas 2 hari sahaja, Neil telahpun menjadi lebih hebat daripada orang yang telah bermain dram selama 2 tahun. Dari situ, mereka mula menghantar Neil ke kelas piano, seruling dan sebagainya.

neil manusia termuda bermain alat muzik paling banyak 3

Kini Neil sedang mempelajari instrumen ke-45 iaitu shenai, sejenis alat muzik dari India yang baru tiba pada bulan November lalu. Neil akan belajar sendiri cara bermain alat tersebut.

Matlamat Neil adalah untuk bermain 100 jenis instrumen sebelum mencecah usia 13 tahun. Saksikan sendiri kehebatan Neil bermain pelbagai jenis alat muzik:

Rujukan:

1. ABC10

2. Indian Express

3. Fox40




Hakcipta iluminasi.com (2017)