Oleh pada 24 Sep 2018 kategori

Teringin belajar memasak tom yam khung atau tom yam udang paling mudah dan lazat? Kami tunjukkan caranya. Menurut pemilik resepi, beliau mempelajari resepi ini dari chef kedai tomyam sendiri. Memang kick katanya. Insya-Allah.

Hidangan ini boleh disiapkan dalam tempoh 10 minit dan sedap dimakan dengan nasi beras wangi Thai panas-panas. Jangan lupa sambal belacan dan telur dadar. 

Menghirup kuah tomyam panas-panas yang masam-masam pedas dan lemak manja memang cukup sedap. Tidak percaya? Anda perlu cuba sendiri.

Cara penyediaan:

1. Gelegakkan:

  • 3 cawan air
  • 3 batang serai yang dihiris menyerong
  • lengkuas sebesar 2 ibu jari diketuk
  • 1 biji bawang besar holand dihiris nipis
  • 5 helai daun limau purut
  • akar daun ketumbar
  • cili api ketuk

Tips: Biar menggelegak lama sedikit untuk keluarkan rasa dari sayur-sayur ini.

2. Setelah menggelegak, masukkan:

  • 3/4 cawan santan pekat
  • 3 sudu besar paste tom yam (ada muka Nyonya Thai)
  • 6-8 sudu besar sos ikan (ada gambar sotong kering, cap lain tidak sedap)

Tips penting: Jangan masukkan garam. Perasa hanyalah sos ikan. Jika tidak, akan jadi rasa lain)

  • 1 sudu teh gula
  • udang

Tips:

  1. Sila pilih udang yang berkulit lembut warna kelabu kebiruan. Pemilik resipi guna udang harimau. Apabila masak ia menjadi warna merah dan cantik.
  2. Lebih besar, lebih sedap. Tapi, harganya tentulah lebih mahal.
  3. Biar menggelegak. Jangan lama sangat masak kerana ia menyebabkan isi udang menjadi keras dan tidak sedap.

3. Sebelum tutup api, masukkan:

  • cendawan tiram
  • daun ketumbar
  • tomato
  • 1 biji perahan limau nipis (jangan guna limau kasturi)

Tips: Semasa pemilik resepi masak, cendawan tiram tiada, jadi dia guna cendawan yang panjang. Cendawan ini lebih keras dari cendawan tiram, jadi saya masukkan awal sedikit.

4. Masukkan semua bahan di atas dan terus tutup api. Sayur-sayur ini akan lembut kerana kuah masih mengelegak. Siap.

Tips: Jika ada lebihan kuah tomyam tersebut, bolehlah celur mee, bihun atau kuetiaw untuk dihirup bersama kuah tadi.

tom yam udang asli selatan thai 3

Nota:

1. Pemilik resepi mempunyai koleksi PJJ resepi masakan original Thai termasuk daging bakar danok yang terkenal. Pelbagai jenis kerabu, mee celup siam, sup tulang thai dan sambal belacan yang anda selalu makan di kedai tomyam dan macam-macam lagi.

2. Semua resepi adalah dari tukang masak pemilik resipi, Jah yang pernah berkerja sebagai chef di restoran Thai. Resepi bersukat.

Whatssap beliau di 019-2820053 kalau berminat.

Sumber: Zalina Yahaya




Hakcipta iluminasi.com (2017)