Oleh pada 25 Dec 2020 kategori

Untuk tambah keenakan, somtam boleh dimakan dengan pulut dan ayam goreng. Terdapat banyak jenis somtam seperti somtam ketam, ikan jeruk, somtam buah, udang dan lain-lain. 

Pemilik resepi menggunakan lesung kayu. Lesung batu juga boleh digunakan, tetapi jangan tumbuk dengan kuat supaya betik tidak hancur.

Somtam Ala Thai

Bahan-bahan:

  • Betik muda (1 biji) - sagat (gambar menggunakan 2 biji)
  • Bawang putih (1 biji)
  • Cili (2 biji) - boleh tambah
  • Kacang panjang (1 ikat) - anggaran harga RM2
  • Tomato (1 biji) - bersaiz besar
  • Udang kering (2 sudu makan)
  • Kacang tanah goreng tanpa minyak (1 genggam) - lebih banyak, lebih sedap
  • Sos ikan/nampla (3 senduk kecil)
  • Air limau nipis (3 senduk kecil)
  • Nissan somtam/gula kabung (3 sudu makan)
  • Lobak merah - sagat sedikit untuk tambah warna

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumbuk bawang putih sehingga hancur.
  2. Masukkan cili tumbuk hancur.
  3. Masukkan kacang panjang tumbuk manja.
  4. Masukkan tomato, kacang tanah, nampla/sos ikan, air limau nipis, nissan somtam/gula kabung dan udang kering.
  5. Gaul sebati. Pastikan gula betul-betul hancur.
  6. Masukkan betik dan lobak merah. Tumbuk manja sambil gaul. Rasa dan siap.

Nota: Untuk bertambah sedap, masukkan sekali kulit limau nipis.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Mashitah Salae [12



Hakcipta iluminasi.com (2017)