Oleh pada 28 Sep 2020 kategori

Sultana scone merupakan sejenis hidangan barat yang mempunyai tekstur gebu dan lembab. Untuk memakannya, belah tengah, sapu jem strawberi dan krim atau mentega.

Selain kismis atau buahan kering, anda boleh menggunakan kekacang, gajus atau badam yang dipanggang dahulu sebentar. Untuk lebih berlemak, mentega dan susu segar juga boleh ditukar kepada marjerin jenama Pelangi dan susu cair.

Sultana Scone

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Garam (1 sudu teh)
  • Serbuk penaik (1 sudu teh)
  • Gula halus (1/2 cawan)
  • Telur (1 biji)
  • Mentega (1/2 cawan)
  • Susu segar (1/2 cawan)
  • Kismis atau buahan kering (1 senduk)
  • Jus oren (sedikit) - untuk rendam kismis

Cara-cara penyediaan:

  1. Rendam kismis sebentar dengan jus.
  2. Campurkan tepung, garam, gula, serbuk penaik dan mentega. Gaul sebati.
  3. Masukkan telur dan kismis. Gaul sebati.
  4. Tuang susu sedikit demi sedikit. Setelah menjadi doh, berhenti. Jangan uli lama, scone akan keras.
  5. Bentukkan mengikut citarasa. Pemilik resepi leperkan dan potong sahaja. Juga boleh cop menggunakan gelas.
  6. Sapu kuning telur.
  7. Bakar api atas bawah, 190° selama 30-40 minit.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Tie Watiezz [12

Sumber informasi:  Farra Faizal [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)