Oleh pada 27 Jul 2020 kategori

Pembuatan bika ambon agak sensitif dan rumit. Untuk mendapatkan hasil yang baik dari segi rupa, ianya memerlukan percubaan yang banyak sehingga anda benar-benar mahir.  

Jika menggunakan perisa pandan, anda perlu letakkan pes pandan (pandan paste) sahaja. Selain itu, pewarna kuning atau kunyit juga boleh diletakkan.

Bika Ambon

Bahan A:

  • Santan (350)
  • Serai (2)
  • Daun limau purut (3)
  • Daun pandan (3)

Satukan, didihkan dan ketepikan.

Bahan B:

  • Air panas (100ml)
  • Tepung gandum (4 sudu makan)
  • Gula (2 sudu makan)
  • Mauripan (11 gram) - 1 paket

Satukan dan biarkan selama 10 minit.

Bahan C:

  • Kuning telur (8)
  • Telur (2 biji)
  • Tepung ubi kayu (100 gram)
  • Tepung pulut (50 gram)
  • Marjerin (1 sudu makan)
  • Gula pasir (180 gram)

Pukul telur dan gula sehingga kembang, masukkan tepung dan akhir sekali masukkan marjerin yang telah dicairkan.

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan bahagian C, A dan B. Perap selama kurang lebih 5 atau 6 jam.
  2. Bakar dengan api bawah selama 40 minit. Kemudian, bakar dengan api atas sahaja selama 15 minit.

bika ambon default

bika ambon 1

Untuk sesiapa yang berminat untuk membeli menu ini, boleh hubungi pemilik resepi di sini.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Maria Ambon [12, 3]

Sumber informasi: Wirda Rasid [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)