Oleh pada 13 Jan 2020 kategori

Untuk agar-agar berperisa milo versi pertama, ianya akan bertambah enak jika anda meletakkan lebih banyak Milo. Agar-agar bertali juga boleh digunakan untuk resepi versi kedua.

Selain itu, agar-agar versi kedua tidak akan menjadi terlalu keras meskipun paket agar-agar serbuk tersebut menunjukkan sebanyak 1000ml air digunakan. Ini kerana selain jumlah sukatan susu dan air iaitu 550ml, terdapat lagi air bancuh Milo dimasukkan.

Agar-Agar Milo (Versi 1)

Bahan-bahan:

  • Agar-agar bertali (1 paket) - 25gram
  • Air (5 gelas)

agar agar milo 1 670

Gelas yang digunakan oleh pemilik resepi

  • Susu pekat manis (1/2 tin)
  • Gula pasir (1 senduk)
  • Milo (10 sudu besar)
  • Garam (1/2 sudu teh)
  • Daun pandan (2 atau 3 helai)

Cara-cara penyediaan:

  1. Rendam agar-agar selama 10 minit dan toskan.
  2. Masak agar bersama air, garam dan daun pandan sehingga larut. Masukkan pula gula sehingga hancur.
  3. Kemudian, masukkan pula milo dan susu sambil dikacau rata sehingga mendidih.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Biarkan suam-suam kuku dahulu dan masukkan dalam peti ais sebelum dipotong.

Agar-Agar Milo (Versi 2)

agar agar milo 2

Bahan-bahan:

  • Agar-agar serbuk (1 paket)

serbuk agar agar 553

  • Susu cair (1 tin)
  • Air (300ml)
  • Gula (200-250gm) - anggaran
  • Milo (3 camca)
  • Air panas (sedikit)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masak agar-agar dengan air. Setelah mendidih, masukkan gula.
  2. Kemudian, masukkan susu cair masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan separuh agar yang putih dalam loyang dan masukkan dalam peti biar sedikit beku.
  4. Apabila telah beku, bancuh Milo dengan sedikit air panas.
  5. Panaskan semula lebih agar-agar tadi dan masukkan bancuhan Milo. Kacau sehingga sebati.
  6. Agar-agar putih yang telah beku, lorekkan dengan garfu untuk jadikan lubang supaya mudah untuk agar ini bercantum. Sejukkan dalam peti.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:  

1. Marlina Murat [1, 2]

2. Mdm Kelly [1, 2]

Sumber informasi:

1. Siti Ruqiyah Mashuki [12]

2. Wan Nor Hanum [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)