Oleh pada 21 Dec 2018 kategori

Kuih bingka atau bengkang gandum, juga dipanggil kuih bakar, adalah sejenis kuih tradisional tempatan. Terdapat beberapa jenis kuih bengkang dan kuih bengkang gandum adalah jenis yang diperbuat daripada tepung gandum, lazimnya dengan perasa pandan.

Pelbagai jenis kuih bengkang telah lama disajikan dalam tradisi masyarakat Melayu. Nama kuih bengkang gandum diberi untuk membezakan bengkang gandum dengan pelbagai jenis bengkang yang lain.

Bingka Roti

Kredit foto: Lara Marina‎ (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan:

  • 7 keping roti Gardenia (dicarik halus-halus)
  • 3 biji telur ayam
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 2 cawan santan
  • 100ml susu segar
  • Garam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar marjerin

Cara penyediaan:

1. Rendam roti dalam susu sehingga kembang. Ketepikan.

2. Campur semua bahan-bahan tadi dalam mangkuk dan kacau menggunakan whisk.

3. Ambil roti yang direndam tadi campur dalam adunan tepung.

4. Kacau sebati. Jika agak pekat boleh tambah air. Jangan terlalu cair nanti bingka jadi lembik.

5. Sapu loyang dengan marjerin. Bakar pada suhu 180°c selama sejam atau sehingga masak.

Tips: Jika mahu tahu masak atau tidak, cucuk bingka dengan lidi. Kalau tidak lekat, bermaksud ia telah masak.

Bingka Pandan

bingka pandan

Kredit foto: Hamsterz Ungu (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

 

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan pati santan
  • 1 cawan jus pandan
  • 3/4 cawan gula (jika suka manis, letak 1 cawan)
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar marjerin / mentega
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • Bijan

Cara penyediaan:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 170°c api atas bawah.

2. Campurkan kesemua bahan (kecuali bijan) ke dalam blender bagi sebati.

3. Panaskan loyang lebih kurang 5 minit.

4. Tuang adunan ke dalam loyang dan tabur bijan.

5. Bakar selama 1 jam 30 minit.

Nota: Bingka ini lembut, lemak dan tidak terlalu manis.

Sumber:

1. Miza Maizatul Akmar [1, 2]

2. Nadia [1, 2]

3. Wikipedia Bengkang [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)