Oleh pada 31 May 2024 kategori

Sotong masak hitam atau juga dipanggil sebagai sotong masak dakwat merupakan sebuah menu yang tidak asing lagi di negeri Johor. Didatangkan dengan rasanya yang tersendiri, menu ini boleh mempunyai pelbagai rasa seperti masam, masin, manis, pedas dan lemak.

Sebagai cadangan, dakwat sotong boleh diambil sedikit sahaja. Untuk versi pertama, buah keras sebolehnya diletakkan.

 

Versi 1

Bahan-bahan:

  • Bawang kecil
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai
  • Kunyit
  • Belacan
  • Buah keras

 

Bahan ini semuanya dikisar

 

  • Minyak untuk menumis

 

  • Cili kering yang direbus dan dikisar
  • Gula - pemilik resepi suka menggunakan gula tebu atau gula merah, gula merah
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Dakwat hitam sotong

 

Cara-cara memasak:

  1. Mula-mula panaskan kuali. Kemudian, masukkan bahan yang dikisar. Tumis sehingga garing.
  2. Masukkan cili kisar. Biar sampai garing lagi.
  3. Masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan air asam jawa.
  5. Akhir sekali, picitkan dakwat hitam untuk warna hitamnya.

1 horz edited

 

Versi 2

2 blur

Bahan-bahan:

  • Sotong (10 ekor) - dakwat ambil 5 ekor sahaja
  • Halia (1 inci) - tumbuk
  • Kunyit (1 inci) - tumbuk
  • Bawang merah (3 biji) - tumbuk
  • Bawang putih (2 ulas) - tumbuk
  • Sebatang serai ketuk
  • Cili besar - mayang
  • Minyak - untuk menumis
  • Garam dan perasa

Cara-cara membuat:

  1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang sudah ditumbuk dan serai.
  2. Apabila sudah naik bau, masukkan dakwat sotong. Biar dakwat pecah dan masak serata baru masukkan sotong.
  3. Masukkan garam dan perasa. Gaul rata.
  4. Sotong jangan tambah air. Masak sebentar sahaja. Jangan bagi sotong keras.

 

Resepi ini diambil dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

 

Kredit resepi:

Amelia Tamby Hussin [12]

Nor Khomariah Norrohman [12]

 

Sumber informasi:

Nour Lily [1. 2]

Natrah Nadirah [1, 2]

Shiera Nazuri [1, 2]

Sarina Jalil [1, 2]

Zalikha Yasir [1, 2]

Maisara Sulaiman [1, 2]

Kasdilla Kasin, Norfarhana Mohamad Saleh, Cik Ain & Panahan Feza [1, 2, 3, 4, 5]




Hakcipta iluminasi.com (2017)