Oleh pada 27 Jun 2021 kategori

Untuk masakan tradisi masyarakat Teochew ini, kukus ayam tanpa campur air. Selepas kukus, dulang akan dipenuhi jus ayam.

Untuk jus kedondong asam boi pula, ia mempunyai rasa yang tidak terlalu masam, sebaliknya manis-manis masam. Rasanya boleh dikatakan seperti air jambu batu.

Ayam Kukus Masak Taucu Pedas

Bahan-bahan:

  • 6 ketul bahagian paha dengan betis ayam - bersihkan dan potong kecil
  • Bawang holland (1 biji) - dicincangkan
  • Bawang putih (1 labu) - dicincangkan
  • Cili merah (6) - dicincangkan (untuk pedas, boleh gunakan cili api)
  • Taucu (1 sudu besar) - jenama Tamin
  • 1 sudu besar gula perang ganti gula putih
  • Kicap cair (4 sudu besar)
  • Minyak bijan (1 sudu besar)
  • Sos tiram (1 sudu besar)
  • Serbuk pati ayam (2 sudu kecil)
  • Lada sulah (sedikit)
  • Daun bawang (1 batang) - dihiris kecil

Nota: Resepi ini tidak menggunakan garam kerana sudah menggunakan kicap cair. Jika mahu masin, boleh letakkan garam secukup rasa.

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan daun bawang apabila ayam sudah mahu masak dalam 30 minit. Kacaukan sebentar dan kukus balik selama 10 minit.
  2. Gaulkan semuanya dan masukkan dalam mangkuk atau dulang. Kukus selama lebih kurang 40 minit. Setelah siap, boleh hidangkan.

ayam kukus masak taucu pedas 2

Resepi Bonus: Jus Kedondong Asam Boi

jus kedondong asam boi 4

Bahan-bahan:

  • Buah kedondong
  • Asam boi
  • Air suam
  • Gula (tidak wajib)

Cara-cara membuat:

  1. Untuk mudah, boleh gunakan pemerah jus (juice extractor) jika ada. Pemilik resepi menggunakan pengisar sahaja.
  2. Kemudian, tapis dan ambil air sahaja. Jika sukakan hampas buah tersebut, tiada masalah kerana pemilik resepi juga tidak tapis.
  3. Letakkan asam boi. Biarkan seketika supaya rasa asam tersebar sekata. Kemudian, sejukkan dalam peti sejuk atau letakkan air batu.

Nota: Jika mahu, boleh letakkan gula. Pemilik resepi tidak letak kerana sudah cukup segala rasa apabila diletakkan asam boi.

jus kedondong asam boi default 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Mary Teo Lee Na [12

2. Nurazwani Jaafar [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)