asam pedas johor 1

Kredit foto: Hani Mynis (Gambar ini bukan menggunakan resepi dibawah)

Para penggemar asam pedas di luar sana, anda pasti tertanya-tanya cara untuk dapatkan asam pedas yang sedap cara asam pedas Johor. Untuk pengetahuan, asam pedas Johor tidak sama seperti asam pedas Melaka. Ini kerana ia tidak menggunakan rempah (jintan manis, putih dan halba). Bahan yang sangat mudah.

Untuk mendapatkan asam pedas yang sedap, halia perlu diletak lebih. Minyak juga perlu lebih sedikit untuk menumis (lebihan minyak perlu dibuang). Menumis perlu betul-betul sehingga pecah minyak.

Selain itu, asam pedas juga perlu cukup rasa pedas dan asamnya. Jika tiada daun kesum dan bunga kantan, gantikan dengan serai. Semasa sedang menumis cili, masukkan terus bunga kantan dan daun kesum untuk mendapatkan rasa asam pedas yang sebenar dengan haruman daun dan bunga tersebut.

Sesetengah orang suka letak pada akhir-akhir, tetapi pemilik resepi gemar letak pada awal-awal. Tidak dilupakan, pastikan cili melebihi sukatan bawang untuk mengelakkan kuah menjadi pahit. Nisbahnya ialah 1:3. Selamat mencuba!

Bahan-bahan

  • 2 biji bawang merah besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 11/2 inci halia (dikisar)
  • 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 1 senduk penuh cili kering (dikisar)
  • sedikit belacan (optional) - masukkan dalam bahan blender 
  • ikan apa-apa sahaja pun boleh
  • 1 sudu kecil lada hitam (dikisar)
  • 1/2 cawan air asam jawa pekat
  • daun kesum
  • 1-2 kuntum bunga kantan
  • 1 cawan air biasa
  • garam secukupnya

Cara-cara membuat:

1. Panaskan minyak. Masukkan bahan blender tadi. Tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan cili kering blender. Tumis sehingga pecah minyak. Apabila bahan tumis tadi pecah minyak, masukkan air asam jawa.

3. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan bunga kantan atau daun kesum. Masak sehingga naik bau.

4. Akhir sekali, masukkan 1 ekor ikan yang telah dikerat dan garam secukup rasa.

Tips:

  • Boleh letak bendi dan tomato.
  • Boleh tambah dengan sedikit air jika kuah agak pekat.

asam pedas johor 511

#HomemadeByRoselyza

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad


tags : , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)