Oleh pada 07 Nov 2024 kategori

Sos hijau merupakan sebuah hidangan pelengkap kepada menu Vietnam roll. Gabungan kedua-duanya merupakan sebuah pilihan ideal untuk mereka yang mengamalkan diet sihat.

Selain gula biasa, gula kabung Thai untuk versi pertama juga boleh digantikan dengan gula perang. Namun, terdapat sedikit perbezaan pada rasa yang dihasilkan.

Selain Vietnam roll, sos ini juga boleh dinikmati bersama pelbagai hidangan lain seperti miang pla, kerang dan naget.

 

Versi 1

Bahan-bahan:

  • Segenggam daun ketumbar bersama akarnya (1) - cuci bersih
  • Cili padi hijau (12 biji) - atau mengikut pedas disukai
  • Bawang putih (7 ulas)
  • Bawang besar (1 biji)
  • Kiub pati ayam (1 ketul)
  • Gula kabung Thai (secukup rasa) - jika tiada, boleh guna gula biasa
  • Limau nipis (1/2 biji) - perah ambil airnya
  • Sos ikan (2 sudu besar) - atau secukup rasa
  • Mayonis (3 sudu besar penuh)
  • Susu pekat (3 sudu makan)
  • Yogurt Fernleaf asli (3 bekas kecil) - tanpa perisa

Cara-cara membuat:

Kisar semua bahan di atas sehingga sebati.

Nota:

  • Rasa sebelum dihidang. Jika ada terkurang masam manis, bolehlah tambah apa yang perlu. Sos ini mesti mempunyai rasa pedas, berkrim dan masam-masam manis.
  • Tutup kemas dan simpan dalam peti (bahagian 'chiller'). Tahan selama seminggu.

vietnam roll        

Versi 2

sos hijau

Bahan-bahan:

  • Daun ketumbar
  • Bawang putih
  • Cili
  • Air limau
  • Mayonis
  • Sos ikan
  • Air masak
  • Gula batu/gula putih/gula perang - pemilik resepi menggunakan gula perang

Cara membuat:

Kisar.

 

Resepi ini diambil dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

 

Kredit resepi:

Aisyah Humaira [1, 2]

Puan Nurul Izzati Rahmat [1, 2]

Sumber informasi:

Mazura Yaakob [1, 2]

Izza Tajuddin [1, 2]

Zuraida Mohamad [1, 2]

Hafsah Ab Ghani [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)