Untuk versi pertama, cuka berfungsi untuk menjadikan telur itik cepat kental dan kelihatan cantik. Biarpun telur ayam juga boleh digunakan, namun telur itik lebih enak dan wangi.

Untuk versi kedua pula, rebus terlebih dahulu dalam air yang dicampur dua sudu cuka. Pemilik resepi menggunakan cuka epal. Tips ini bagi memastikan telur Itik tidak berselerak dalam kuah lemak. 

Telur Itik Masak Lemak Kuning

telur itik masak lemak kuning

Bahan-bahan:

  • Telur itik (5 biji) - boleh diletakkan lebih
  • Cuka (2 sudu besar)
  • Air (1/2 periuk kecil)

Didihkan air dan cuka. Apabila air telah mendidih, perlahankan api. Pecahkan telur ke dalam periuk. Biarkan sehingga masak. Angkat dan toskan. Ulang sehingga siap.

  • Kelapa parut (1 biji) - dikisar dengan 3 cawan air (perah dan ambil santannya)
  • Serai (1 batang) - diketuk
  • Garam (1 sudu teh membukit) - boleh ditambah jika kurang
  • Gula (1/2 sudu besar)
  • Asam keping (1 keping)
  • Bahan perasa (sedikit) - jika perlu

Bahan kisar:

  • Bawang besar (1 biji)
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Ubi kunyit (sedikit) - jika tiada, letakkan sedikit serbuk kunyit
  • Cili padi (10 biji) - boleh ditambah jika gemar pedas

Kisar semua bahan-bahan ini.

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan bahan kisar, santan, serai, asam keping, gula dan garam.
  2. Renehkan menggunakan api sederhana perlahan. Kacau selalu, jangan sehingga pecah santan.
  3. Apabila telah mula hendak mendidih, masukkan telur itik.
  4. Masak lagi selama lebih kurang 2-3 minit dan sesuaikan rasa. Siap.

Nota: Boleh juga masukkan suhun, fucuk atau kentang.

Masak Lemak Cili Api Telur Itik

masak lemak cili api telur itik 3

Bahan-bahan:

  • Telur itik (4 biji)
  • Kunyit hidup (3 inci)
  • Cili padi (4 biji)
  • Pucuk labu (seganggam) - dihiris
  • Daun kunyit (3 helai) - dihiris
  • Belimbing buloh (5-6 biji)
  • Santan (secukupnya)

Cara-cara membuat:

  1. Tumbuk lumat cili dan kunyit.
  2. Campurkan bersama santan. Reneh sebentar dan masukkan bahan yang dihiris.
  3. Masukkan telur yang siap direbus tadi. Akhir sekali, masukkan belimbing. Tutup api dan siap.

masak lemak cili api telur itik 01

masak lemak cili api telur itik 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Mariana Zainal [1, 2

2. Muhammad Kairul [1, 2]

Sumber informasi: Hafiza Fazil [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)