Untuk membuat sengkuang calit, anda hanya perlu menggunakan sengkuang mentah kerana rasanya yang manis. Biarpun sengkuang agak sukar didapati sekarang, anda boleh cuba untuk membelinya di pasar malam dengan harga yang berpatutan.
Untuk pengetahuan, gula apong merupakan sejenis gula yang begitu sinonim dengan negeri Sarawak. Jika tiada gula tersebut, anda boleh gunakan gula nisan atau gula melaka.
Sengkuang Calit
Bahan-bahan:
- Kicap masin (1/2 botol) - anggaran 200ml
- Gula apong (6 sudu besar) / gula melaka (250g)
- Gula pasir (secukupnya) - jika perlu
- Belacan (1 inci) - dibakar dan dihancurkan
- Sos cili (6 sudu besar)
- Cili kisar/cili boh (5 sudu besar)
- Bijan (secukupnya)- digoreng tanpa minyak
- Tepung ubi/tepung kanji (5 sudu besar) - dibancuh dengan sedikit air
Cara membuat:
- Satukan semua bahan kecuali bijan dan tepung ubi.
- Masak menggunakan api yang kecil dan perlu rasa manis, masin dan pedas secukupnya. Masak sehingga mendidih.
- Masukkan sedikit demi sedikit tepung ubi dan kacau supaya tidak berketul. Perlu kacau tanpa henti dan masak sehingga pekat.
- Akhir sekali, masukkan bijan tadi. Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
- Bolehlah buat sengkuang calit dan dimakan dengan buah-buahan yang anda gemari. Letakkan kacang yang telah dikisar.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Kredit resepi: Lynda Yum Yum [1, 2]
Sumber informasi: