Oleh pada 28 Feb 2024 kategori

Untuk resepi pertama, agar-agar sirap menggunakan sukatan yang sama seperti agar-agar santan. Perbezaannya ialah anda perlu menambahkan perisa atau pewarna sirap ros.

Untuk resepi kedua pula, agar-agar tali boleh digunakan bagi menggantikan agar-agar serbuk. Jika anda memilih Milo sebagai perisa atau perasa untuk agar-agar bersusu, kuantiti serbuk Milo yang perlu diletakkan adalah sebanyak lebih kurang 4 sudu besar.

Versi 1: Agar-Agar Sirap atau Agar-Agar Pandan

Bahan-bahan:

  • Agar-agar - boleh guna yang 10gm atau lebih. Pemilik resepi gunakan jenama yang mempunyai gambar burung layang-layang
  • Santan pekat (2-3 cawan) - pemilik resepi menggunakan santan kotak sahaja
  • Air pandan (1 cawan) - 9-10 helai daun pandan yang dikisar dan airnya diambil
  • Air (2 cawan)
  • Gula (setengah cawan) - boleh diletakkan lebih jika mahu manis
  • Garam (sedikit)
  • Pewarna hijau (sedikit) - pemilik resepi menggunakan hijau epal

Cara-cara membuat:

1. Masak agar-agar dengan 2 cawan air sehingga hancur.

2. Apabila sudah hancur, masukkan gula, air pandan, santan dan garam. Kacau sehingga mendidih dengan api yang kecil.

3. Apabila sudah mendidih, tutup api. Tapis tuang dalam acuan.

Nota: JIka mahu elak santan pecah lemak, jangan berhenti kacau dan kacau dengan api yang perlahan sehingga mendidih.

agar agar pandan

Versi 2: Agar-Agar/Puding Sirap

agar agar sirap versi 2

Bahan-bahan untuk agar-agar biasa:

  • Serbuk agar-agar (sepaket) - 10 gram
  • 5 cawan air atau 1 liter air
  • Gula (3/4 cawan)
  • Perisa atau pewarna kegemaran - contoh: perisa sirap ros

Bahan-bahan untuk agar-agar bersusu:

  • Serbuk agar-agar (sepaket) - 10 gram
  • Air (4 cawan)
  • Susu cair (1 tin)
  • Susu pekat (setengah cawan)
  • Gula (setengah cawan)
  • Perisa atau perasa kegemaran - contoh: Milo, Laici

Cara-cara membuat:

1. Masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk.

2. Kacau sehingga agar-agar larut barulah masukkan gula.

3. Kacau lagi sehingga gula larut dan masukkan susu cair serta susu pekat. Jika buat agar-agar biasa, boleh masukkan terus perisa atau pewarna.

4. Masak sehingga larutan mendidih dan nampak berkilat.

5. Tutup api dan tuang ke dalam loyang/acuan. Siap.

Tips:

  • Pemilik resepi menggunakan serbuk agar-agar cap Layang-Layang. Bagi pemilik resepi, jenama ini adalah yang paling terbaik dan hasil agar-agarnya juga berkilat cantik.
  • Sebelum tuang agar-agar ke dalam loyang, bilaskan dahulu loyang dengan air bagi memudahkan agar-agar dikeluarkan selepas dipotong.
  • Selepas tuang agar-agar, biarkan paling kurang sejam dahulu di luar barulah masukkan dalam peti ais. Biarkan dalam peti paling kurang sejam sebelum dikeluarkan dan barulah dipotong.

agar agar milo f763

agar agar

Resepi ini diambil dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

Yusralinda Raszali [1, 2]

Siti Husni [1, 2]

Sumber informasi:

Ina Zurina [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)