Rojak merupakan sebuah menu tradisi buah-buahan dan sayur-sayuran mentah yang dicampur dengan kuah. Hidangan ini senang didapati di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Rojak ayam  Kelantan atau juga dipanggil sebagai rojak mee Kelantan merupakan sebuah menu yang terkenal di pantai timur Kelantan, Terengganu dan Pahang. Rojak ayam versi Kelantan mempunyai banyak versi mengikut daerah dan negeri.

Rojak ayam Kelantan turut hampir menyerupai pasembur dimana ia menggunakan mee dan sampingan tauhu, sayuran, cucur dan tauhu. Kuahnya sedikit manis dan pekat dengan campuran keledek atau kentang. Namun, kuahnya tidak boleh disimpan lama dimana ia perlu terus dihidangkan apabila siap.

 

Rojak Ayam Kelantan

  

rojak ayam kelantan 

 

Bahan kuah rojak mee:

  • Keledek (5-6 ketul)
  • Nise/gula kerek - kecil (4 keret)

Tips: Jika guna nise kampung besar, kurangkan sukatan 

  • Garam (sedikit) - secukup rasa
  • Bawang merah - dimayam, digoreng dan ditoskan
  • Cili kering - dimesin
  • Air asam jawa

 

Cara membuatnya: 

1. Ubi keledek sebanyak 4-5 ketul direbus kemudian apabila sudah masak. Kemudian, kisar dengan bawang goreng.

2. Masak tanpa minyak cili kering yang ditumbuk dan kemudiannya air asam jawa dan keledek yang telah dikisar tadi serta air sebagai kuah.

3. Masaklah sehingga kuah rojak cair-cair likat.

 

Ayam untuk rojak: 

Setengah ekor ayam dipotong dua, letak garam dan sedikit kunyit. Kemudian, goreng.

 

Cara sediakan bahan kombinasi rojak: 

  • Mee kuning - dicelur seketika
  • Daun salad - dipotong-potong
  • Sengkuang - disagat
  • Kacang cambah (taugeh) - dicelur
  • Timun batang - disagat
  • Pati kacang (tauhu keping) - digoreng dan dipotong dadu
  • Tepung malas/cucur sayur

Nota: Satukan tepung gandum, kangkung, bawang merah yang dimayang, garam dan air masak. Bancuh sehingga sebati. Goreng sebagaimana goreng cucur/cekodok.

  • Telur rebus
  • Cili hidup - dimayang halus
  • Bawang goreng

 

Untuk menghidang: 

Satukan semua bahan seperti dalam gambar. Kemudian, tuang kuah dan gaulkan semua. Siap.

  

rojak ayam kelantan 1 

  

rojak ayam kelantan 2

  

rojak ayam kelantan 3

 

Sumber:

1. Wan Muhammad Hafiz Satar [1, 2, 3]

2. Citarasawan (citarasawan.blogspot.com) [12]

3. Wikipedia Rojak


tags : , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)