Cloud bread merupakan sejenis roti yang manis dan menggunakan bahan yang sama seperti pavlova. Bagaimanapun, ia mempunyai tekstur yang lembut berbanding pavlova yang rangup di luar kerana kandungan gula pavlova yang lebih tinggi dan pembakaran yang lama.

Satu adunan resepi ini dapat menghasilkan sebiji besar cloud bread. Ia juga boleh dibuat dengan saiz kecil.

Cloud Bread

cloud bread 7

Bahan-bahan:

  • Gula (1/4 cawan) - boleh kurangkan jika tidak suka manis
  • Tepung jagung (2 sudu kecil)
  • Putih telur (3 biji)

cloud bread 2 159

Cara-cara penyediaan bergambar:

cloud bread default 1 862

  1. Pukul telur dengan pengadun sehingga kembang atau kental.
  2. Masukkan tepung jagung dan gula. Adun lagi sehingga sebati.
  3. Letakkan pewarna jika mahu. Pemilik resepi menggunakan pewarna biru. Letakkan kepingan badam sebagai hiasan.
  4. Bakar menggunakan suhu 150 untuk masa 20 minit.

cloud bread default 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: MiRä MödëRnö [12]

Sumber informasi:

1. Amirah Nur Afifah Lukman [1, 2]

2. Noraini Munjaini [1, 2]

3. Nurul Syuhada Firhan [1, 2]



Hakcipta iluminasi.com (2017)