Oleh pada 16 Jan 2021 kategori

Hanya dengan kerajinan dan kreativiti, lebihan nasi boleh dibuat pelbagai hidangan. Untuk hidangan ini, belacan boleh digantikan dengan udang kering tanpa kulit yang dikisar halus. 

Nasi yang direndam perlu ditapis dahulu sebelum dikisar. Jika air tidak dimasukkan sangat sedikit supaya pengisar jalan sahaja, bancuhan menjadi terlalu cair dan tepung ubi perlu ditambah.

Keropok Nasi

Bahan-bahan:

  • Nasi sejuk (2 cawan) - direndam dengan air panas selama sejam
  • Tepung ubi (1 paket) - 500gm
  • Garam
  • Bawang putih (1 labu)
  • Lada sulah
  • Belacan
  • Ajinomoto atau secukup rasa

keropok nasi 1

Kesemua bahan dikisar kecuali tepung ubi. Guna air yang sangat sedikit hanya supaya pengisar jalan sahaja. Kemudian, masukkan tepung ubi dan uli menjadi doh. Boleh masukkan pewarna kesukaan anda. Selepas uli, rasa sedikit supaya cukup rasa semua. Jika tidak cukup rasa, boleh tambah.

Cara-cara penyediaan bergambar:

keropok nasi default 1

  1. Uli menjadi doh dan bentukkan mengikut saiz kesukaan anda.
  2. Rebus dalam air mendidih sehingga keropok naik atas (terapung). Toskan dan lalukan di bawah aliran air paip untuk matikan suhu. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk beku semalaman. Keesokannya, keluarkan dan sedia untuk dihiris nipis-nipis.
  3. Kemudian, sudah boleh dijemur. Tidak perlu alihkan juga tidak mengapa, Insya-Allah kering elok sahaja. Untuk pemilik resepi, ia sudah siap setelah dijemur selama sehari kerana cuaca yang terlalu panas. Jika tidak cukup kering, jemur selama dua hari.
  4. Apabila sudah kering, boleh masukkan ke dalam bekas kedap udara. Apabila mahu goreng, keluarkan sahaja.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Mazura Esha [12]

Sumber informasi:

1. Nor Lailah [1, 2]

2. Nurul Hakimi [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)