Oleh pada 24 Dec 2020 kategori

Ayam boleh digoreng setengah masak terlebih dahulu. Untuk lada kering, ia perlu dibasuh sahaja dan tidak perlu direbus dahulu.

Resepi ini adalah untuk setengah ekor ayam. Jika anda mahu masak dalam kuantiti yang banyak, boleh lebihkan sukatan bahan-bahan.

Ayam Kung Pao

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Sos tiram (2 sudu besar)
  • Minyak masak (3 sudu besar)

 

  • Bawang besar (2 biji)*
  • Bawang kecil (2 biji)*
  • Serai (1 batang)*
  • Cili kering (10 tangkai)*
  • Halia (1 inci)*
  • Sos tomato (3 sudu besar)
  • Sos cili (2 sudu besar)
  • Kicap manis (3 sudu besar)

Hiris bahan-bahan berhuruf condong*.

ayam kung pao 1

Cara-cara penyediaan:

ayam kung pao default 1 edited

  1. Gaul dan perap ayam dengan sos tiram.
  2. Panaskan kuali dengan minyak masak. Goreng cili kering bersama ayam yang sudah diperap. Goreng sehingga separuh masak.
  3. Masukkan bawang besar, bawang kecil dan serai.
  4. Apabila sudah naik bau, masukkan halia.
  5. Masukkan sos tomato, sos cili dan kicap. Seimbangkan rasa. Biarkan sehingga ayam betul-betul masak. Siap.  

Resepi Bonus: Karipap Roti Inti Sardin

karipap roti

Bahan-bahan (kulit):

  • Roti (sebungkus) - pemilik resepi menggunakan jenama Gardenia

Bahan-bahan (inti):

  • Sardin (1 tin) - lenyekkan
  • Air asam (sedikit)
  • Lada sulah
  • Garam (secukup rasa)
  • Bawang merah (sebiji)
  • Bawang putih
  • Cili padi - tidak wajib

Cara-cara membuat (inti): 

  1. Panaskan kuali dengan api sederhana .
  2. Tuangkan minyak dan masukkan bawang. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan sardin dan gaul rata. Masukkan garam, lada sulah dan air asam. Gaul sebati.

Cara-cara membuat (kulit):

  1. Ambil sekeping roti .
  2. Letakkan di atas acuan karipap.
  3. Isikan inti yang telah dimasak tadi.
  4. Tekapkan dengan acuan.
  5. Goreng dalam minyak yang panas selama 1-2 minit sahaja.
  6. Angkat dan toskan.

Tips:

  • Jangan goreng terlalu lama kerana roti cepat menyerap minyak.
  • Sebagai cadangan, boleh hidangkan bersama sos cili dan kopi.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Nurul Akmal Ngatimin [12]

2. Encik Zen [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)