Mi hailam merupakan sejenis mi telur digoreng dengan daging atau makanan laut dan sayur-sayuran yang banyak.

Ia bermandikan kuah dengan kicap pekat dan limau kasturi.

Mi hailam merupakan sebuah item menu yang sentiasa terdapat dalam kedai-kedai makan dan restoran yang diuruskan oleh orang Hainan.

 

Mi Hailam

  

mi hailam

 

Bahan-bahan:

  • Bawang putih (11 ulas) - dikisar/ditumbuk
  • Biji lada hitam (1 sudu besar) - ditumbuk kasar
  • Daging - dipotong kecil-kecil

Tips: Jika rebus dahulu, lebih mudah dan pantas.

  • Stok air udang (1 mangkuk) - jika ada
  • Udang (15 ekor) - jumlah terpulang
  • Sotong (4 ekor) - dihiris, terpulang juga
  • Tomato (1 biji) - dibelah dua
  • Cili merah (1-2 biji) - dipotong
  • Kobis - dihiris
  • Sawi - dipotong
  • Kicap masin (secukup rasa)
  • Kicap manis (secukup rasa)
  • Sos tiram (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)
  • Gula (secukup rasa)
  • Tepung jagung (1-2 sudu besar) - dibancuh dengan sedikit air

 

Nota: Bahan-bahan di atas untuk 1 - 1 1/2 peket mi. 

 

Cara penyediaan:

1. Sediakan bahan-bahannya. Pemilik resepi gemar rebus siap-siap daging kerana lebih senang dan cepat kerja.

2. Tumis bawang putih dan lada hitam.

3. Tumis sehingga kekuningan. Jangan sehingga tergaring pula.

4. Masukkan daging dan tambah air. Boleh masukkan stok air rebusan kulit udang jika ada. Biarkan mendidih dan pastikan daging empuk.

5. Masukkan kicap masin, kicap manis dan sos tiram.

6. Masukkan udang dan sotong. Jangan terlalu lama, nanti ia kecut.

7. Masukkan cili merah dan tomato. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.

8. Terus masukkan kobis.

9. Setelah mendidih dan mahu diangkat, masukkan sawi. Tambahkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

10. Gaul rata dan masukkan mi. Gaul rata lagi dan terus dihidangkan.

  

mi hailam 1

 

Nota:

✔ Enak dimakan terus ketika masih panas.

✔ Masukkan mi hanya apabila sedia untuk dihidangkan dan dimakan. Jika tidak, mi akan kembang.

✔ Kuah mi hailam ini istimewa dan lain sedikit kerana ditumis dengan lada hitam.

✔ Resepi ini diperolehi dari mak saudara pemilik resepi, Rohani Othman.

 

Sumber:

1. Hasniza Hassan [1, 2]

2. Wikipedia Masakan Cina Malaysia


tags : , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)