Oleh pada 03 Jul 2019 kategori

Ayam varuval atau ayam lada (pepper chicken) merupakan antara menu wajib setiap kali berkunjung ke kedai mamak. Namun, ada sesetengah restoran menggelarkan menu ini sebagai 'rendang ayam'.

Namun, ia sama sekali tidak sama dengan rendang dari segi rasa. Ayam varuval boleh dikatakan lebih seperti kari kering.

Ayam varuval merupakan masakan yang berasal dari India selatan. Ayam varuval bererti garing dan tidak menggunakan air. Oleh kerana ianya kering, air tidak boleh diletakkan.

Ayam Varuval

Kredit foto: Nur Aisya (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan A:

  • Ayam (1/2 ekor)
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Serbuk cili (2 sudu besar)
  • Serbuk jintan manis (2 sudu besar)
  • Air (1 cawan)
  • Daun ketumbar

Bahan-bahan B:

  • Serai (1 batang) - dihiris
  • Bawang besar (2 biji) - dihiris
  • Bawang putih dan halia - ditumbuk
  • Cili kering/cili (3 tangkai)
  • Padi - dipotong dua
  • Daun kari
  • Daun limau
  • Jintan manis (2 sudu besar)
  • Rempah 4 sekawan

Cara-cara penyediaan:

1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga hampir garing. Ketepikan.

2. Menggunakan minyak menggoreng ayam tadi, tumis jintan manis sehingga naik bau dan masukkan semua bahan-bahan B. Tumis sehingga garing.

3. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

4. Kemudian, masukkan serbuk jintan manis, serbuk cili, 1 cawan air dan sedikit garam.

5. Gaul kuah dan ayam sehingga rata. Campakkan daun ketumbar dan masak sehingga kuah menjadi pekat.

ayam varuval 1

Kredit foto: Dura Ibrahim (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

ayam varuval 2

Kredit foto: Salibu D'seena Kitchen (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

ayam varuval 3

Kredit foto: Kalaivani Krishnasamy (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Rani Ganga

2. Dunia Kecil Kita (inilahchentaku.blogspot.com) [12]

3. Teratak Mutiara Kasih (linapg.blogspot.com) [12]

4. Kalaivani Krishnasamy [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)