Oleh pada 07 Oct 2018 kategori

Kredit foto: Rosmini Rozi‎ (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Puri ialah sejenis roti India digoreng tidak beragi yang sering menjadi hidangan sarapan atau snek di subbenua India. Ia lazimnya dihidangkan dengan kari atau bhaji, seperti dalam Puri bhaji.

Selain itu, puri juga disajikan ketika majlis-majlis khas atau upacara sebagai sebahagian daripada ritual upacara berserta dengan makanan vegetarian lain yang ditawarkan dalam doa sebagai prasadam.

Puri bermaksud roti dalam bahasa Georgia. Roti puri juga dikenali sebagai roti arab. Tidak hanya boleh dimakan begitu sahaja, ia juga enak jika dihidangkan bersama sambal tumis, kari atau potato masala.

Roti Puri

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar yis atau mauripan
  • 1 sudu besar gula
  • 3 sudu besar minyak masak
  • secubit garam
  • 3/4 cawan air panas

Cara penyediaan:

1. Satukan tepung gandum, yis, gula, minyak, garam dan gaul sehingga berderai-derai. 

2. Masukkan air panas. Doh agak panas sedikit ya. Boleh uli pakai tangan sahaja.

3. Uli sekejap sahaja sehingga menjadi doh lembut.

4. Bulat-bulat doh sebesar bola ping pong dan perap selama 30 minit.

5. Panaskan minyak (agak banyak).

6. Canai atau leperkan doh yang telah dibulatkan dan masukkan ke dalam minyak panas (goreng sebiji-biji sahaja). 

7. Simbah-simbahkan minyak pada permukaan roti hingga naik kembung dan balik -balikkan. Goreng hingga perang.

Untuk lihat resepi lain, boleh follow Facebook Raja Amanina

Potato Masala

Bahan-bahan:

  • 3 biji kentang potong dadu
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • garam dan perasa
  • cili kering digoreng
  • daun kari digoreng (boleh diganti dengan daun kerumbar)
  • sedikit halia diketuk
  • bawang merah dimayang
  • air secukupnya

Cara penyediaan:

1. Tumis bawang dan halba campur.

2. Masukkan bahan lain.

3. Masak sehingga kentang empuk.

4. Akhir sekali, masukkan daun kari dan cili kering yang telah digoreng.

roti puri dan potato masala

Roti puri yang dihidangkan bersama potato masala (kredit foto: Amie Samuri‎)

roti puri dan sardin

Roti puri juga enak jika dicicah dengan sardin (kredit foto: Sahizatul Sahimi‎)

Sumber:

1. Raja Amanina [1, 2]

2. Amie Samuri 

3. Wikipedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)