Untuk mendapatkan sandwich yang tidak berair, sayur boleh dibasuh lebih awal dan ditoskan sehingga kering. Anda juga tidak perlu menggunakan terlalu banyak mayonis dan sos.

Untuk mendapatkan potongan yang cantik, pisau hendaklah diasah sehingga cukup tajam. Jika tidak, roti akan menjadi kemek dan intinya pula bersepah.

Untuk mengelakkan pembaziran, lebihan potongan roti boleh dijadikan bahan untuk membuat puding atau bengkang. Selain itu, ia juga boleh dibakar dan dicicah dengan coklat cair.

Sandwich

sandwich 2

Bahan-bahan sandwich tuna:

  • Roti (roti wholemeal)
  • Tuna tin (tuna chunks in oil)
  • Bawang Holland - didadu
  • Cili merah - dibuang biji dan dihiris halus
  • Tomato - dibuang biji dan didadu
  • Lobak merah - diparut dan disagat halus
  • Garam
  • Mayonis
  • Lada sulah
  • Timun
  • Salad
  • Marjerin

Cara-cara penyediaan:

  1. Buang minyak di dalam tin tuna, panaskan di atas kuali dan dilenyek sehingga lumat.
  2. Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali timun, salad dan marjerin.
  3. Sapukan marjerin kepada roti.
  4. Letakkan timun ke atas roti dan sapukan campuran tuna. Lapiskan salad ke atas tuna dan kapitkan dengan roti.

Tips:

  • Cara untuk menyediakan sandwich sardin juga sama seperti di atas.
  • Sandwich telur juga menggunakan bahan yang sama dan ditambah keju. Pukul telur bersama lada sulah dan keju.
  • Tumis semua bahan dan masukkan telur yang telah dipukul tadi. Masak ala-ala telur masak hancur (scrambled egg).
  • Cara penyediaan sandwich telur sama seperti di atas.

sandwich

sandwich 1

sandwich 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni. 

Sumber:

1. Nazian Rahman [1, 2]

2. Ummu Qaisara [1, 2

3. Hawa TunTelani [1, 2]

4. Yusnizan Yusoff [1, 2]



Hakcipta iluminasi.com (2017)