Oleh pada 16 Jan 2019 kategori

Kek sarang semut dipanggil sebegitu kerana jaluran halus yang menjalar lubang-lubang kecil dan halus seakan sarang semut.

Kek sarang semut ini perlu kenyal. Sekiranya teksturnya seperti span bermaksud ia tidak menjadi.

Selain itu, warnanya yang agak gelap seperti hitam keemasan membangkitkan selera dan tidak jemu dipandang.

Kek gula hangus merupakan nama lain bagi kek ini.

Kek Sarang Semut

Bahan A:

  • Gula (2 cawan) - dihanguskan
  • Air mendidih (2 cawan)

➡ Apabila gula sudah hancur dan perang, masukkan air mendidih.

➡ Tambahkan 4 sudu makan mentega.

➡ Tutup api dan sejukkan.

Bahan B:

  • Telur (6 butir)
  • Esen vanila (1 sudu makan)
  • Susu pekat (1/2 cawan)

Bahan C:

  • Tepung gandum (1 + 3/4 cawan)
  • Soda bikarbonat (2 sudu makan)

➡ Diayak bersama.

Cara penyediaan:

1. Pukul manja bahan B. Masukkan bahan C dan kacau sebati.

2. Akhir sekali, masukkan bahan A. Gaul sebati dan tapis masuk dalam loyang.

3. Perap 4 jam selepas itu bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama sejam atau sehingga masak.

Resepi Bonus: Kek Sarang Semut Versi Kukus

kek gula hangus kukus

Bahan A:

  • Gula (2 cawan) - dihanguskan/diperangkan
  • Air mendidih (2 cawan) - dimasukkan setelah gula sudah menjadi perang

Tutup api dan sejukkan.

Bahan B (mix/blender):

  • Telur ayam (4 butir)
  • Minyak masak (secawan)
  • Susu pekat (5 sudu makan)
  • Esen vanila (1 sudu makan)

Bahan C (ayakkan):

  • Tepung gandum (3 cawan)
  • Serbuk penaik (1 sudu teh)
  • Soda bikarbonat (2 sudu teh)

Cara membuat:

1. Kisar bahan B selama 5 minit. Tuang bahan A dan kisar lagi 5 minit.

2. Masukkan dalam bekas dan satukan dengan bahan C. Kacau rata jika berketul tapis dahulu.

3. Kukus selama sejam jika menggunakan loyang dan 20 minit jika menggunakan bekas kecil.

Nota: Hasil kek sarang semut versi kukus ini memang gebu dan lembut cuma tidak bersarang sangat.

Sumber:

1. Norhaliza Hussein [1, 2, 3]

2. Wikipedia Kuih Sarang Semut

3. Masam Manis (norazlitaaziz.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)