Oleh pada 03 Sep 2018 kategori

Bahan-bahan:

  • 100g mentega
  • 160g gula halus
  • 3 biji telur ayam (A@B)
  • 210g tepung gandum (ayak)
  • 1 sudu kecil baking powder (ayak)
  • 1 sudu teh vanila flavor
  • 1 sudu teh lemon zest / kulit oren
  • 100g sourcream / yogurt

Tips: Buah-buahan segar seperti strawberi, blue beri, buah peach, pastikan buah-buahan ditoskan terlebih dahulu. Tidak mahu ada air. Jika tidak mampu, boleh juga guna yang dalam tin.

Cara penyediaan:

  1. Pastikan mentega berada dalam suhu bilik. Tapi bukan lembik dan juga bukan keras, yang sedang-sedang sahaja. Pukul dengan gula caster sehingga creamy.
  2. Pukul sehingga kembang, creamy dan menjadi sedikit putih.
  3. Masukkan telur satu persatu. Sambung pukul perlahan-lahan sehingga telur hilang dari pandangan. Jangan over beat masa ni.
  4. Masukkan vanila flavor dan lemon zest. Pukul lagi.
  5. Masukkan bahan kering yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan sourcream atau yogurt. Pukul sebati atau gaul guna spatula.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang 8' yang telah digris dan dilapik dengan parchment paper. Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu.
  8. Susun buah-buahan pilihan masing-masing. Pastikan ianya tidak berair.
  9. Bakar pada suhu 160' selama 45 minit. Guna api atas bawah.
  10. Cucuk dengan lidi atau cake tester untuk pastikan kek telah masak. Sejukkan sekejap baru diletakkan di atas papan kek.
  11. Untuk dekorasi, boleh dust dengan snow powder. Ia akan tahan lama berbanding icing sugar dan tidak larut dalam kek.
  12. Siap dan boleh dihidangkan.

Tips: Jika buah digaul dengan gula, buah akan jadi berair. Ini merupakan salah satu punca buah akan tenggelam sedikit ke bawah. 

Creamy vanila sous

Bahan-bahan:

  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan whipping cream
  • 1 sudu kecil vanila flavor
  • 1 atau 2 sudu besar gula pasir (ikut kemanisan yang dimahukan)
  • 4 biji kuning telur

Cara penyediaan:

  1. Panaskan susu cair, whipping cream dan vanila flavor sehingga nampak buih-buih kecil di tepi periuk. Tutup api. 
  2. Pukul kuning telur bersama gula sehingga sebati.
  3. Masukkan campuran susu tadi yang masih panas ke dalam telur tadi. Masukkan sedikit demi sedikit sambil terus memukul sehingga sebati. Pastikan sentiasa kacau.
  4. Masukkan semula ke dalam periuk. Masak lagi sehingga agak pekat. Ia perlu sentiasa dikacau. Jangan terlalu pekat kerana apabila telah sejuk nanti, ia akan menjadi lebih pekat.
  5. Tutup api dan tapis ke dalam mangkuk.
  6. Sejukkan ia dahulu di peti ais. Kemudian, barulah dihidangkan bersama pastry fruits cake.

Sumber: Ainie Syeema / Aznie Khasri




Hakcipta iluminasi.com (2017)