kerang air asam ala thai

Bahan-bahan:

  • 1kg kerang
  • 5 ulas bawang putih
  • 6-7 biji cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • 1 1/2 keping kecil gula kabung
  • 1 sudu kecil pes asam jawa Adabi dikacau dengan 2 sudu besar air panas (kemasaman ikut citarasa masing-masing)
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 2 biji limau nipis yang dipotong (perah dan kulit digaul sekali nanti untuk dapatkan aroma citrus)
  • 1 biji tomato yang dipotong (ikut citarasa masing-masing)

Cara penyediaan:

1. Bersihkan cengkerang kerang sehingga betul-betul bersih. Rebus sehingga masak. Kemudian, buang separuh kulit kerang dan tinggalkan separuh bersama isinya. Asingkan.

2. Tumbuk cili padi, bawang putih, gula melaka, tomato secara berperingkat sehingga separa lumat.

3. Masukkan air asam jawa dan sebatikan .

4. Perah air limau nipis. Kemudian masukkan sekali dengan kulit limau.

5. Masukkan garam dan gaul.

6. Setelah semuanya sebati, curahkan atas kerang yang sudah direbus tadi.

Sumber: Mut Tam


tags : , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)