Oleh pada 18 Jul 2019 kategori

Kekuatan menu asam pedas adalah berbeza-beza mengikut individu. Terdapat pelbagai variasi bahan menu ini seperti daun kesum, daun kari, serai dan bunga kantan.

Gerang asam merupakan nama panggilan bagi daging atau tetel masak asam yang berasal dari Melaka. Bahan daging yang lazimnya digunakan adalah lemak-lemak, reja daging yang dipanggil tetel, paru, hati, perut dan tulang.

Anda perlu ketahui bahawa masakan asli orang Melaka tidak meletakkan tomato, kentang dan lain-lain. Mungkin terdapat sedikit gula untuk mengimbangi asam sahaja.

Untuk mendapatkan asam pedas yang lebih enak, daging perlu direbus lama supaya lembut.

Asam Pedas Daging Tetel

Bahan-bahan:

  • Cili kering (15-20 tangkai) - dikisar
  • Kunyit (seinci)
  • Lengkuas (seinci)
  • Halia (seinci)
  • Bawang besar (3 biji)
  • Bawang merah (5 ulas)
  • Bawang putih (5 ulas)
  • Serai (4 batang) - diketuk
  • Daun limau (6 helai)
  • Air asam jawa
  • Daging cincang/tetel (1kg)

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar cili kering, kunyit, lengkuas dan halia.
  2. Hiris bawang besar, manakala bawang putih dan merah ditumbuk.
  3. Tumis semua bawang sehingga naik bau. Kemudian, masukkan cili, serai, daun limau, garam dan gula. Tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan gaul sebati anggaran 5 minit.
  5. Masukkan air asam jawa dan masak sehingga daging lembut.

asam pedas daging tetel 1

Kredit foto: Zaza Norizazaya‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

asam pedas daging tetel 2

Kredit foto: Nur Syada (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

asam pedas daging tetel 3

Kredit foto: Mizs June‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Zawati Abd Rahman [1, 2]

2. Zalila Isa [12]

3. Bila Engineer ke Dapor (Cik Kiah Kicen) (cikkiahkicen.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)