Oleh pada 05 Aug 2020 kategori

Paella merupakan sebuah hidangan pantai terkenal yang berasal dari Sepanyol. Ia merupakan sejenis nasi yang dimasak bersama ayam, kerang-kerangan dan bahan-bahan lain.

Hidangan ini juga boleh dimasak menggunakan multi cooker. Untuk beras, pemilik resepi menggunakan beras berjenama Faiza Basmathi.

Paella

Bahan potong (dipotong dadu atau segi empat):

  • Lada benggala (sebiji)
  • Bawang besar (sebiji)
  • Ayam (kuantiti mengikut citarasa) - gunakan bahagian buntut kerana lembut

Pot untuk masak mesti gunakan pot frying pan (cari jenis dalam sedikit) - jika guna periuk biasa tidak menjadi

  • Seafood - udang, kepah (clam), lala (mengikut citarasa)
  • Beras (4 pot) - dibasuh dan toskan air
  • Kacang pea - gunakan jenis frozen untuk mudah
  • Zafran (saffron) (secubit)
  • Minyak zaitun (5 sudu besar) - sukatan mengikut citarasa (letakkan lebih jika mahu nasi berminyak)
  • Lemon (setengah biji)
  • Pati ayam (2 kiub)
  • Air (secukupnya)

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak zaitun. Masukkan udang sahaja, balik-balikkan sehingga merah dan keluarkan dari pot. Ketepikan.

2. Masukkan bawang yang telah dipotong dadu tadi dan tumis sehingga bawang layu. Kemudian, masukkan ayam dan lada benggala. Perasakan garam dan masukkan zafran. Masak sehingga lada benggala layu.

3. Masukkan beras yang telah dibasuh tadi, kacau sebentar dan masukkan pati ayam. Apabila kiub pati ayam telah hancur, masukkan air secukupnya.

Tips: Gunakan api perlahan sahaja, jangan terlalu kuat atau terlalu perlahan. Jangan tutup tudung pot lagi.

4. Apabila air nasi telah mendidih (boiling), periksa 3 minit sekali samada nasi masak dengan cantik atau tidak. Jika masih keras, tambah air sedikit demi sedikit.

5. Apabila nasi telah cantik hampir masak, mula letakkan kesemua seafood. Kekalkan api perlahan, hiaskan satu persatu seafood dan akhir sekali taburkan kacang pea sekeliling seafood.

Tips: Tutup pot menggunakan tudung pot dan kecilkan api paling perlahan yang boleh untuk mengelakkan nasi dari hangit.

6. Apabila semua kepah atau lala telah mula terbuka, perahkan lemon (pastikan kena semua seafood) dan tutup semula tudung periuk. Masak lagi selama lebih kurang 5 minit dan sedia untuk dihidang.

Tips: Jika ada lala atau kepah yang tidak terbuka, buang sahaja kerana ianya sudah tidak boleh dimakan. Makan yang terbuka sahaja. 

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Amira Izzatie Qadeer [12]

Sumber informasi:

1. Cikgu Amalina [1, 2]

2. Siti Hawa [1, 2]

3. Bayah Zulkopely [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)