Oleh pada 30 Sep 2023 kategori

Omelette atau telur dadar Thai merupakan sejenis hidangan yang boleh dimakan begitu sahaja dengan nasi putih. Selain itu, ia juga boleh dihidangkan dengan prik nam pla.

Sebagai cadangan, isi ketam boleh digunakan sebagai salah satu bahan. Bahan-bahan lain yang turut boleh dimasukkan ialah kobis yang diracik halus, sos dan mayonis.

 

Omelette Thai

 

Versi Pertama

Bahan-bahan:

  • Telur (2 biji)
  • Gula (1/2 sudu teh) - pilihan
  • Sos ikan (1-2 sudu besar)
  • Lada sulah (sedikit)
  • Cili padi (1 biji)
  • Udang (4 ekor) - potong kecil

Cara membuat:

img 20230930 wa0007 774

  1. Dalam mangkuk besar, campur gula, sos ikan, lada sulah, cili padi, udang dan telur.
  2. Pukul sebati campuran telur tadi.
  3. Untuk menggoreng telur, perlu gunakan kuali besar dan minyak yang banyak. Gunakan teknik yang betul. Apabila minyak sudah panas, tuang campuran telur tadi dari atas kuali (biar jauh sedikit). Buat seperti ini untuk dapatkan efek telur yang rangup seperti di kedai masakan Thai.
  4. Masak telur. Balikkan lagi sebelah.

 

Versi Kedua

Bahan-bahan:

  • Telur gred A (3 biji)
  • Udang (7 ekor) - dicuci bersih
  • Daun Thai basil (segenggam)*
  • Daun bawang*
  • Cili padi hijau*
  • Cili padi merah*
  • Bawang rose - dihiris (bawang lain tidak digunakan)
  • Sos ikan - jenama Tiparos
  • Garam - pemilik resepi tidak letak
  • Serbuk perasa 2 jenis - pastikan guna yang mempunyai jenama
  • Gula perang - jangan gula putih

Cara penyediaan:

  1. Hiris semua bahan bertanda *. Masukkan dalam telur dan campur kesemua bahan lain. Pukul sehingga rata dan sebati.
  2. Goreng menggunakan minyak baru. Mesti gunakan minyak baru untuk setiap omelette.
  3. Setelah siap, hiaskan dengan taugeh.

img 20230930 wa0008

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

Ana Farhana [1, 2]

Rozmaliza Omar [1, 2]

Sumber informasi:

Rossy Rose [1, 2]

Shahnaz Zainal [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)