Roti focaccia merupakan sejenis menu dari Itali yang enak dicicah dengan sup cendawan ala sebuah restoran piza terkenal. Ia merupakan sejenis roti yang boleh dijadikan sandwic, bruschetta, pizza base ataupun dicicah dengan lamb stew atau beef stew. Ianya rangup di luar dan sedikit kenyal di dalam.

Cara penghasilan roti ini agak berbeza dengan roti dari Asia. Kaedah adunan (mixing) yang digunakan adalah 'improved mix', berbeza dengan roti dari Taiwan yang menggunakan kaedah 'intensive mix'. Sumber lemak yang digunakan juga berbeza.

Roti Focaccia

roti focaccia 2

Bahan-bahan:

  • Tepung semolina/suji (60gm)
  • Tepung gandum (350gm)
  • Bread improver (GR Super Bake) (5gm)
  • Yis (8gm)
  • Garam (4gm)
  • Air suam kuku (220gm)
  • Minyak (2 sudu besar)
  • Herba rosemary kering (2 sudu besar)

Sapuan:

  • Bawang putih (3 ulas) - tumbuk
  • Minyak (1/4 cawan)

Hiasan:

  • Bijan hitam

Cara-cara penyediaan:

  1. Uli selama 10 minit dan rehatkan selama 15 minit.
  2. Bahagikan kepada dua bahagian dan canai nipis.
  3. Letakkan dalam loyang yang sudah disapukan marjerin dan ditabur sedikit semolina. Loyang pemilik resepi bersaiz 12 inci.
  4. Biarkan kembang lagi selama 10 minit. Kemudian, cucuk jari untuk membuat lubang.
  5. Kembangkan sehingga dua kali ganda.
  6. Sapukan minyak bawang putih dan tabur sedikit bijan, jika suka.
  7. Bakar sehingga perang menggunakan suhu 200C selama 20-30 minit atau sehingga masak mengikut suhu ketuhar masing-masing.

roti focaccia default

Nota: Resepi asal menggunakan minyak zaitun dalam adunan dan untuk sapu atas roti. Pemilik resepi menggunakan minyak masak sahaja.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Asma Mohamed [12]

Sumber informasi: 

1. Ritzuwan Syde [12]

2. Wan Raudzah Wan Ismail [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)