Oleh pada 13 Oct 2020 kategori

Gochujang merupakan pes cili Korea yang boleh digunakan untuk pelbagai masakan. Ia mempunyai rasa pedas, masin dan sedikit manis.

Kochugaru pula merupakan serbuk cili yang boleh dibeli secara atas talian. Jika tiada, anda juga boleh menggunakan serbuk cili biasa.

Ini bukan resepi tulen dari Korea dan telah disesuaikan mengikut citarasa Melayu. Ia menggantikan resepi asli dan diringkaskan sahaja. Ia kerana amat susah untuk mendapatkan bahan-bahan yang halal untuk resepi asli dan terlalu mahal.

Gochujang Homemade

Langkah pertama:

Bahan-bahan:

  • Tepung pulut (glutinous rice flour) (½ cawan)
  • Air biasa (3½ cawan)

Cara-cara penyediaan:

Campur sehingga sebati. Kacau menggunakan pemukul (whisk) sehingga tiada ketulan tepung. Masak menggunakan api sederhana sehingga pekat. Sentiasa kacau.

Langkah kedua:

Bahan-bahan:

  • Kochugaru atau serbuk cili (2 cawan) - pemilik resepi gunakan cap Motocar + Kochugaru
  • Gula perang (⅓ cawan) - yang digunakan untuk membuat brownie
  • Garam laut atau garam bukit (½ cawan)
  • Madu (1 cawan)

Cara-cara penyediaan:

Masukkan ke dalam langkah kedua dan kacau sekata sehingga tiada gumpalan. Masak selama lebih 30 minit atau sehingga hilang bau serbuk cili.

Sejukkan sebelum disimpan. Tahan 6 bulan lebih jika disimpan dalam peti sejuk.

gochujang homemade 1

Nota: Pemilik resepi juga ada menjual gochujang disini.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Atikah Yusof [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)