hh

Oleh pada 28 Mar 2019 kategori

Nasi himpit atau juga dipanggil sebagai nasi impit atau nasi kapit adalah sejenis menu tradisional Malaysia dari beras yang selalu dinikmati dengan kuah kacang.

Ia adalah sejenis menu yang dibuat daripada nasi yang ditekan atau dilenyek di dalam bekas sehingga membentuk ketulan besar.

Hasil akhirnya hampir serupa dengan ketupat nasi. Ia turut selalu dinikmati dengan menu sate atau soto.

Asal nasi kapit adalah merujuk kepada cara penghasilannya, dimana nasi dikapit (berada di antara) pemberat.

Nama lainnya nasi himpit juga merujuk kepada cara penghasilannya, dimana nasi yang telah dimasak dihimpit di bawah pemberat (lazimnya di bawah batu penggiling).

Nama nasi kapit adalah terkenal di sebelah pantai timur, Malaysia. Di tempat lain, ia dipanggil sebagai nasi himpit.

Pada waktu biasa, ia lazimnya digantikan dengan ketupat, namun apabila diperlukan dengan banyak, barulah nasi kapit ini dihasilkan.

Pada zaman sekarang, ie lebih banyak diganti dengan ketupat yang dibuat dalam plastik disebabkan lebih senang dan tidak memerlukan tenaga yang banyak.

Namun begitu, ia masih boleh dihasilkan di rumah dengan senang.

Nasi kapit lebih terkenal sebagai hidangan ketika hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha.

Ia lazimnya disajikan dengan soto atau sambal daging, ayam, ikan, hitam atau sate.

Namun begitu, ia kadang-kadang digantikan dengan ketupat nasi disebabkan lebih senang dibeli dari dibuat.

Sebagai nasi, ia sangat mengenyangkan.

Dari segi sejarahnya pula, nasi himpit atau nasi kapit asalnya merupakan makanan musafir berikutan proses penghasilannya menjadikan nasi himpit tahan lebih lama dan jimat ruang.

 

Nasi Impit dan Kuah Kacang   

Kredit foto: Noraini Hussin (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

 

Nasi Impit

Bahan-bahan:

  • Beras biasa (2 cawan)
  • Air (10 cawan)
  • Garam (2 sudu kecil)
  • Daun pandan

 

Cara-cara membuat:

1. Basuh beras dan masukkan air, garam dan daun pandan ke dalam periuk untuk dimasak.

2. Selepas nasi mula kering, sentiasa kacau sambil dilenyek supaya hancur.

3. Gunakan api perlahan dan apabila kering, terus kacau lagi.

4. Kacau sebati setiap 10 minit sehinggalah nasi kering. 

Tips: Untuk memasak nasi impit, perlu banyak kali dikacau agar nasi cantik dan lembut.

5. Selepas siap, matikan api dapur.

6. Lenyek-lenyekkan nasi dengan menggunakan sudip atau belakang botol yang bersih sehingga nasi lembut. Gaul dan lenyek-lenyek lagi.

7. Masukkan nasi tadi ke dalam tupperware dan ratakan, ambil sehelai plastik bersih dan sapukan sedikit minyak.

8. Tekan-tekankan nasi supaya mampat dengan menggunakan plastik tadi.

Tips: Pemilik resepi letak sapu tangan dalam plastik tersebut supaya tidak rasa terlalu panas ketika menekan nasi tersebut.

9. Biarkan nasi impit betul-betul sejuk lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong.

Tips: Pemilik resepi biarkan semalaman.

 

Kuah Kacang

 

Bahan-bahan:

  • Kacang tanah (digoreng+dikisar)
  • Bawang merah*
  • Cili kering*
  • Lengkuas*
  • Jintan halus*
  • Ketumbar*
  • Serai - diketuk
  • Santan (pekat+cair)
  • Air asam jawa
  • Gula dan garam (secukupnya )

 

➡ Bahan-bahan yang berhuruf condong* dikisar halus.

 

Cara menyediakannya:

1. Tumis kesemua bahan yang dikisar tadi (kecuali kacang tanah) dengan serai sehingga garing dan pecah minyak.

2. Kemudian, masukkan santan cair dan kacang tanah. Biarkan mendidih seketika.

3. Masukkan santan pekat, gula, garam dan air asam jawa. Seimbangkan rasa masam, masin, manis dan pedasnya.

nasi impit

 

Sumber:

1. Faridah Deris [1, 2]

2. Wikipedia Nasi Himpit




Hakcipta iluminasi.com (2017)