Jika tiada periuk kukus, ambil periuk besar, letakkan air dan letakkan mangkuk besi. Kemudian, letakkan bekas aluminium atas mangkuk besi tersebut dan tutup periuk. Sebagai cadangan, tambah sedikit tepung jagung dengan tepung pulut.

Untuk resepi bonus iaitu lasagna roti, pelbagai bahan boleh diletakkan, contohnya seperti rempah kari. Selain itu, cendawan tin juga boleh ditambah.

Muah Chee

muah chee 2 edited

Bahan-bahan:

  • Tepung pulut
  • Air
  • Gula
  • Garam
  • Kacang tumbuk
  • Minyak masak (sedikit)

Cara-cara membuat:

  1. Bancuh tepung pulut, air, sedikit garam dan setengah sudu minyak.
  2. Kacau sebati.
  3. Kukus sehingga masak selama lebih kurang 10 minit.
  4. Setelah masak, potong. Masukkan dalam kacang tumbuk yang siap digaul gula. Pemilik resepi sauk dengan sudu plastik, tidak potong kerana melekat. Sedia untuk dinikmati.

muah chee default 1

Resepi Bonus: Lasagna Roti

lasagna roti edited

Bahan-bahan:

  • Roti (12 keping)
  • Telur (3 biji)
  • Susu segar (200ml)
  • Keju (8 keping)
  • Daun sup (1 cekak)
  • Cili merah (1 biji) - dihiris
  • Sos lada hitam (4 sudu besar)
  • Sos tomato (4 sudu besar)
  • Daging cincang (300 gram)
  • Bawang putih (3 ulas) - dicincang
  • Bawang besar (1 biji) - dicincang
  • Secubit garam dan gula

Cara-cara membuat:

  1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.
  2. Pukul telur dan susu sehingga sebati.
  3. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.
  4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
  5. Susun kepingan keju ke atas daging.
  6. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
  7. Akhir sekali, taburkan parutan keju di atas lapisan atas sekali.
  8. Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti.
  9. Bakar pada suhu 180 darjah celsius selama lebih kurang 40 minit.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Mya Zana Hamid [12]

2. Nur Liyana [12]

Sumber informasi:

1. Puan Jamie [12]

2. Rosmah Saifuddin [12]

3. Halimah Naina [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)