Oleh pada 15 Apr 2020 kategori

Murtabak Maggi merupakan sejenis hidangan ringkas yang tidak menelan belanja yang banyak. Ia juga menyihatkan kerana menggunakan minyak yang sedikit.

Untuk mendapatkan kelainan dari segi rasa, anda boleh menggunakan perencahnya sahaja tanpa perlu menambah perasa lain. Selain itu, daging cincang juga boleh diletakkan. 

Murtabak Maggi Kari

Bahan-bahan:

  • Maggi kari (1 bungkus)
  • Telur (3 biji)
  • Bawang merah (3 biji)
  • Sosej - direbus sebentar
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Daun bawang
  • Maggi Cukup Rasa

Cara-cara penyediaan: 

  1. Masukkan perencah Maggi kari dan kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan telur ke dalam bahan yang dimasak tadi dan kacau sehingga sebati.
  2. Rebus mi Maggi sehingga lembut.
  3. Masukkan mi Maggi ke dalam bahan-bahan tadi. Kacau sehingga sebati dan bahagikan kepada dua bahagian.
  4. Panaskan minyak dan masukkan mi Maggi ke dalam kuali sehingga masak. Kemudian, terbalikkan mi Maggi tersebut.
  5. Angkat mi Maggi dan hiaskan dengan mayonis serta sos cili. Siap untuk dimakan.

murtabak maggi 1 588

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Shai Anne Ahemed [12]

Sumber informasi:

1. FyQa GrEen Hazwan Jy [1, 2]

2. Nora Miza Nor Rahim [1, 2]

3. EakpOng Pinky [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)