Oleh pada 22 Feb 2018 kategori

Ramai yang tidak tahu sebenarnya Kuih lapis merupakan sejenis kuih yang berasal dari Indonesia (kueh lapis). Kuih ini terdiri dari beberapa lapisan dan boleh didapati dalam berbagai warna, namun warna merah adalah warna tradisional. Di sini kami kongsikan kepada anda resepi kuih lapis istimewa yang lembut, gebu, sedap dan mudah dibuat.

Sekiranya anda menyukai resepi ini, kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan ya. Barang baik, jangan disimpan seorang diri. Tak elok. Sebarkan.

Bahan-bahan kuih lapis

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam
  • sedikit pewarna merah dan perisa ros

resepi kuih lapis original tradisi

Cara buat kuih lapis

  • Masukkan santan dalam periuk
  • panaskan santan hingga suam-suam kuku
  • Tutup api
  • Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk
  • Masukkan santan dalam mangkuk
  • Gaul hingga tidak berbintil
  • Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian
  • Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa sos
  • Tuang 1/3 adunan tanpa warna ke dalam loyang berukuran 8 inc yang telah di sapi sedikit minyak ke dalam kukusan
  • Kukus selama 5 minit dengan api kuat
  • Lepas lapisan pertama masak, tuang 1/3 adunan merah. Kukus lagi
  • Ulangi proses hingga dapat 6 lapisan dengan diakhiri lapisan merah
  • Angkat dan sejukkan sebelum di potong.

Petua Dan Tips Tambahan 

  • Setiap lapis dikukus selama 3minit
  • Lapisan yang terakhir kena lama sikit, selama 10 sehingga 5minit
  • Untuk mendapatkan lapisan yang sekata, gunakan sudu sukatan saiz 1/2 sudu makan 

Video cara buat kuih lapis

resepi kuih lapis warna warni pelangi

resepi kuih lapis berbunga

resepi kuih lapis sedap dan mudah




Hakcipta iluminasi.com (2017)