Kuih batang buruk adalah sejenis kuih tradisi yang terkenal di Malaysia. Ia adalah sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dicampur dengan tepung beras dan tepung kelapa yang diuli buat menjadi doh dan dibentuk membentuk silinder bulat berongga, dan disi dengan serbuk kacang hijau yang digoreng.

Nama kuih batang buruk barangkali kerana dari rupanya yang berbentuk batang pokok namun diselitupi dengan serbuk kacang hijau menjadikannya seperti kayu buruk. Dari rupanya, ia digelar batang buruk. Ketika membentuk doh, lazimnya batang daun betik digunakan untuk membentuk doh silinder.

Kuih batang buruk ini terkenal di seluruh Malaysia. Ia banyak dibuat, dan boleh didapati di mana-mana sahaja semasa musim perayaan seperti seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha, dan tidak perlu ditempah lebih awal.

 

Kuih batang buruk kurang diminati di kalangan golongan muda sebagai hidangan harian disebabkan ia adalah sejenis kuih yang manis. Tepung kacang hijau yang digunakan untuk menyalut bahagian luarnya turut melekit pada jari orang yang memakannya, dan senang lerai menjadikan seseorang itu terpaksa berhati-hati semasa memakannya, dan perlu membasuh tangan setelah memakannya.

Kuih Batang Buruk

  

batang buruk

Kredit foto: Norita Farish Indah & Faizal Noraini (Gambar pertama bukan menggunakan resepi dibawah)

 

Bahan-bahan:

  • Kulit popia
  • Tepung kacang hijau
  • Gula halus

 

Cara penyediaan:

1. Mula-mula potong kulit popia anggaran sebesar pembaris.

2. Gulung kulit popia menggunakan straw ABC yang besar atau boleh menggunakan apa-apa pun asalkan boleh gulung.

3. Selepas gulung, susun dalam loyang (rujuk gambar di bawah) dan jemur sehingga keras.

batang buruk 1

4. Apabila telah keras elok, ia sudah boleh goreng. Tunggu sejuk baru sumbat inti.

5. Sangai tepung kacang hijau dalam 5 minit dan biarkan sejuk. Apabila telah sejuk, tambahkan gula halus mengikut kemanisan yang dimahukan.

Tips: Tidak kisah mahu guna tepung kacang hijau jenama apa sekalipun, asalkan ianya tepung kacang hijau.

 

Sumber:

1. Faizal Noraini [12]

2. Wikipedia Kuih Batang Buruk



Hakcipta iluminasi.com (2017)