Oleh pada 29 Jun 2019 kategori

Tomyam merupakan sebuah menu yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Tomyam dibuat dengan cara direbus dalam air yang mempunyai ramuan rempah. Terdapat dua jenis tomyam yang diketahui di sini iaitu tomyam puteh dan tomyam merah. 

Tomyam puteh merupakan sejenis sup masam yang cair dipanggil sebagai tomyam namsai. Jadi, apa bezanya pula dengan tomyam merah? Tomyam merah juga sejenis sup masam namun ia berminyak dan mempunyai rempah ratus yang digunakan untuk membuatnya.

Selain rempah ratus dari herba-herba tumbuhan, makanan dari Thailand mesti mempunyai sos ikan atau nam pla. Di Bangkok, tomyam merah dicampur dengan santan.

Tomyam Merah Bersantan

Bahan tumis:

  • Pes tomyam merah (1/2 botol)
  • Bawang besar (1 biji) - dihiris
  • Bawang putih (2 ulas) - dihiris
  • Serai (3 batang) - dihiris
  • Halia (1 inci) - dihiris
  • Lengkuas (1 inci) - dihiris
  • Cili merah (2 batang) - dihiris
  • Cili padi (4-5 batang) - dihiris
  • Air perahan limau purut - pilihan
  • Daun limau purut (2-3 helai)
  • Daun sup/daun bawang
  • Santan pekat (2 sudu)
  • Air (2 cawan)

Bahan sayur:

  • Tomato (1 biji) - saiz besar
  • Baby corn (4 batang)
  • Lobak merah (1/2 batang)
  • Brokoli
  • Cendawan enoki

Bahan seafood:

  • UdangSotongMussle
  • Santan pekat (2 sudu)
  • Air (2 cawan)

Cara-cara penyediaan:

1. Tumis semua bahan-bahan yang telah dihiris sehingga naik bau. Masukkan pes tomyam.

2. Masukkan 2 cawan air. Apabila tomyam mula mendidih, masukkan semua bahan-bahan sayuran dan seafood.

3. Kemudian, masukkan santan, perahan limau, gula dan garam secukup rasa. Siap untuk dihidang.

tomyam merah bersantan 1

Tomyam merah bersantan bersama sayur campur. Kredit foto: Nurazira Binti Ghani (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

tom yam bersantan

Tomyam bersantan. Kredit foto: Nurul Zafifah Mohd Sahri (Gambar bukan menggunakan resepi di atas) 

tomyam bersantan

Tomyam bersantan. Kredit foto: Uzaifah Abdul Latiff (Gambar bukan menggunakan resepi di atas) 

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Sania Weina [12]

2. Pengaruh Siam di Utara Malaya (cakapsiam.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)