kek coklat lava

Bahan-bahan:

  • 2 blok atau 150 gm coklat masakan
  • 6 sudu besar marjerin atau mentega
  • 2 biji telur gred A
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar tepung gandum (ayak)
  • 2-3 titik esen vanila
  • 1/4 sudu kecil serbuk penaik (baking powder) 

Cara membuat:

  1. Satukan coklat masakan dan marjerin dalam bekas dan double boilkan sehingga cair. 
  2. Whisk atau pukul telur, gula dan esen vanila sehingga kembang dan masukkan coklat yang didouble boil.
  3. Masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk koko. Kacau menggunakan senduk sehingga sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam acuan dan simpan dalam peti sejuk selama 10 minit.
  5. Panaskan ketuhar dan bakar kek suhu 200° api atas bawah selama 12-15 minit. Tips: Jangan terlebih bakar untuk bagi ada lava.
  6. Setelah sedikit suam, boleh keluarkan dari acuan.

Tips: 

1. Boleh juga kukus 8-10 minit menggunakan api sederhana besar.

2. Pemilik resipi bakar mengunakan acuan atau papercup untuk muffin tersebut sahaja.

3. Setelah masak, boleh gunting-gunting papercup dari bahagian tepi untuk senang keluarkan kek.

4. Adunan ini menghasilkan 4 biji kek. Jika mahu lebih, boleh gandakan adunan .

Untuk resepi lain, boleh ikuti Facebook Raja Amanina

Sumber: Raja Amanina


tags : , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)