Oleh pada 28 Apr 2022 kategori

kailan ikan masin1

Merupakan menu kegemaran rakyat yang biasanya dimakan pada waktu tengah hari atau makan malam. Anda pasti pernah memesan atau memakannya di restoran yang menyediakan masakan panas. Di samping sayur yang berkhasiat, rasa ikan masin pula memberi rasa yang seimbang jika dinikmati bersama nasi putih.

Kami kongsikan bersama anda resepi mudah untuk menyediakan kailan goreng ikan masin ini:

Bahan – bahan yang diperlukan

  • 1 ikat sayur kailan
  • 1 potong ikan masin (jenis dan jumlah mengikut selera)
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji cili besar
  • 2 sudu sos tiram
  • ½ sudu sos ikan
  • Gula dan garam

Cara penyediaannya:

  • Bersihkan kailan dan ikan masin kemudian ditoskan.
  • Kailan dan ikan masin dipotong kecil-kecil.
  • Panaskan minyak, goreng ikan masin dahulu dan diketepikan.
  • Hiris bawang merah, bawang putih dan cili besar.
  • Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan cili bersama ikan masin dan dikacau rata.
  • Masukkan kailan, sos tiram dan sos ikan.
  • Masukkan sedikit air, gula dan garam secukup rasa.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Sekarang bolehlah anda pula yang mencuba memasak menu yang mudah dan sedap ini.

Selamat menjamu selera!



Hakcipta iluminasi.com (2017)